Stuart Wark: “Sign Player Baru Boleh, Bayar Gaji Player Lama Tak Boleh”

Sarawak United memberikan bayangan kepada peminat mereka bahawa kelab itu sedia mengumumkan pemain baharu.

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi pasukan itu.

Berita gembira itu ternyata tidak diterima baik oleh bekas pemain Sarawak United, Stuart Wark yang dengan terbuka menulis komen di post tersebut.

Stuart berkata: “Gaji mana gaji?”

Dan satu lagi bertulis: “Menandatangani pemain baharu boleh, membayar gaji pemain lama tak boleh pulak”

Ramai peminat tumpang simpati dengan nasib Stuart Wark dan rakan rakannya yang lain kerana terus menunggu gaji mereka.

Masalah gaji yang tertunggak di Sarawak United membuatkan pasukan itu disingkirkan daripada liga utama.

Sarawak United turut dilarang beraksi dalam Piala Malaysia 2022. Sarawak United dan Melaka United menjadi dua pasukan yang ditarik lesen kebangsaan mereka.

PFAM sebelum ini mengekalkan bahawa Sarawak United gagal melunaskan gaji pemain selama 4 bulan. Notis amaran sudah dikeluarkan namun pasukan itu terus ingkar.