Suara Emas Negara Yang Dirindu

Allahyarham Dato’ Haji Hasbullah Awang dilahirkan pada 9 September 1952 di Telok Intan, Perak.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan yang termasyur di Malaysia suatu ketika dulu bahkan sehingga kini tiada siapa dapat menggantikan tempat beliau.

Suara yang merdu dan penuh emosi membuatkan rakyat Malaysia cinta dan sangat kagumi beliau.

Beliau bukan lah seorang Atlet tetapi beliau berdiri sebaris dengan lagenda sukan Negara.

Suara beliau mengulas membuat pendengar turut bersemangat dan emosi yang beliau luahkan ketika mengulas turut di rasai oleh pendengarnya.Beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk siri animasi Kampung Boy.

Selain mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi beliau juga sering membuat lawak ketika mengulas dengan pelbagai ayat spontan yang keluar dari mulutnya ketika mengulas.

“Pemain sayap yang makanan kegemarannya adalah nasi ayam”
“Bapanya seorang guru silat di Kedah”

“Seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol”.

Permulaan Karier

Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai seorang dj radio di station radio Malaysia Kuantan. Beliau sama sekali tidak terlibat dengan sukan tetapi beliau lebih kearah bidang keagamaan.

Pada suatu hari ketika beliau bertugas sebagai dj seperti biasa, rakan sekerja nya yang mengulas bahagian sukan tidak dapat hadir ke set dan beliau harus menggantikan rakan nya itu.

Tiada pengalaman dalam mengulas sukan beliau berjaya menggantikan tugas rakan nya dengan baik sehingga beliau di datangi oleh  Amran Hamid dan Zulkarnain Hassan yang ketika itu adalah petugas untuk mengulas sukan di television.

Mereka berdua lah yang bertemu dengan Allahyarham dan memintanya untuk terus mengulas sukan. Dan ketika detik itu lah beliau mula menjadi seorang pengulas dalam bidang sukan.

Allahyarham memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 ​di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980.

Bersara awal pada 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.

Kemuncak Kerjaya

Selain menjadi seorang pengulas sukan beliau juga pernah bertugas sebagai hos Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM selain itu beliau ditugaskan sebagai pengulas siaran langsung liputan televisyen.

Sejak 1980 beliau terbabit dalam siaran dan liputan sukan sehingga menjadi pengulas sukan Astro Arena bermula 2014.

Populeriti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Selain barisan pemain bola sepak yang hebat ketika itu nama Allahyarham juga menjadi sebutan sebagai lagenda sebaris dengan nama pemain bola sepak ketika itu.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.

Kenangan Manis

Beliau juga mengangkat Dato Rahim Razali sebagai idola beliau bukan sahaja sebagai mentor dan guru beliau.

Beliau mengatakan bahawa ketika berkerjasama dengan Dato Rahim Razali banyak ilmu yang beliau peroleh. Banyak acara yang diulas oleh mereka berdua termasuk kejohanan besar seperti sukan Olimpik.

 

” sebenarnya nak jadi pengulas ini anda harus rajin membaca dan ketika saya menjadi dj Radio saya banyak membaca dan lancar dalam berkata-kata mungkin itu lah kelebihan saya” itu adalah kata-kata beliau tentang diri nya menjadi pengulas.

Jika dahulu sukar untuk mendapat maklumat tentang atlit tidak seperti zaman sekarang semua dihujung jari.

Dizaman beliau mula menjadi pengulas beliau harus menanti di lorong laluan atlit untuk merekod sendiri segala yang diperlukan sebelom mengulas.

Antara kenangan manis dalam bidang pengulasan adalah ketika mengulas Piala Thomas 1992. Selepas 25 tahun Malaysia tidak mendapat piala thomas. Ketika itu beliau mengulas perlawanan antara chia soon kit menentang soo ben kiang dan malaysia berjaya membawa pulang piala Thomas.

“Semangat kenegaraan saya naik mendadak dan saya tidak dapat mengawal emosi saya, sehingga saya dipanggil oleh menteri penerangan bertanya mengapa saya terlalu emosi dan saya menjawab kerana saya orang Malaysia itu lah semangat orang Malaysia” itu antara yang beliau pernah kongsikan tentang kenangan manis beliau menjadi pengulas.

Rahim Razali adalah pengulas paling serasi bersama beliau.

Mereka berdua telah berkerjasama sejak dari sukan sea 1985 di Bangkok. Jadi tidak hairan lah keserasian mereka begitu mendalam dan sangat sefahaman.

Malaysia Kehilangan Suara Emas

“Salam. Aku ok aja. Cuma akan buat angiogram pada Selasa nanti.. Bukan dibedah. Masuk Hospital dulu kerana kaki bengkak rupa-rupanya ada kaitan dengan jantung. Anyway terima kasih atas perihatin semua.”

Begitu lah pesanan menerusi Whatsapp terakhir Allahyarham kepada sahabatnya Haji Zainal Abidin sebelom beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Institut Jantung Negara pada 12 Feb 2015.

Pemergian nya amat dirasai oleh semua peminat sukan negara.

Suara emas beliau sudah pasti dirindu dan sentiasa terngiang di telinga. Perginya tiada ganti semoga dicucuri Rahmat ke atas Roh Allahyarham.

Baca yang lain