Suarez Akhirnya Sahkan Dibuang Koeman Menerusi Panggilan Telefon

Sebelum ini media melaporkan bahawa, pada hari pertama Ronald Koeman dilantik menjadi pengurus Barcelona, beliau terus menyenaraikan beberapa nama yang tidak dimahukannya.

Daripada nama nama tersebut adalah legenda kelab mereka Luis Suarez. Pemain datang dan pergi itu sangat biasa. Namun cara Koeman melayan Luis Suarez dengan hanya membuat panggilan telefon untuk memberitahu bahawa Suarez tidak diperlukan lagi.

Ianya adalah sangat mengguris hati Suarez dan segelintir peminat Barca sendiri yang menganggap Suarez seharusnya dilayan lebih baik daripada itu.

Lionel Messi sendiri dilaporkan tidak suka dengan cara tersebut. Dan Messi bertemu dengan Suarez selepas berita tersebut.

Messi berusaha meyakinkan kelab untuk mengekalkan Luis Suarez yang merupakan sahabat karibnya. Namun ianya tidak membantu.

Luis Suarez akhirnya mengesahkan bahawa beliau memang dibuang dari Barcelona dengan satu panggilan telefon.

“Apabila barca memberitahu saya bahawa mereka sudah tidak memerlukan saya, ianya sangat sukar untuk saya terima. Saya tak menjangkakannya langsung.”

“Itu adalah detik yang sangat rumit kerana cara ianya berlaku. Di mana Koeman menelefon saya dan memberitahu saya bahawa saya tiada dalam perancangannya.”

“Ketika Barcelona secara rasmi menyatakan mereka sudah tak perlukan saya, saya terus memulakan perbincangan dengan Atleti dengan Cholo [Simeone] dengan Miguel Angel.”

“Ada minat daripada beberapa kelab lain, bukan hanya Juventus. Namun saya nak memastikan saya membuat keputusan terbaik untuk saya dan keluarga.”

Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku

Suarez mengakhiri karier luar biasanya di Barcelona musim panas lalu berikutan Ronald Koeman yang baru dilantik telah memutuskan untuk tidak mahu mengguna pemain itu.

Memang sukar untuk Suarez meninggalkan Barcelona dengan cara itu, kerana dia adalah penjaring terbanyak yang ketiga sepanjang zaman untuk Barcelona dengan 198 gol, hanya di belakang dari Lionel Messi dan Cesar.

Perpisahan itu menjadi emosional kerana Suarez sudah enam tahun bersama dengan Barcelona. Itu adalah masa terpanjang dalam karier bola sepaknya berbanding kelab lain yang pernah diwakilinya selama ini.

Sebagai tambahan, bekas penyerang Liverpool itu telah membantu Barca menjulang empat gelaran La Liga, satu gelaran Liga Juara-Juara, empat gelaran Copa del Rey dan satu gelaran Piala Dunia Kelab.

Dia juga merupakan rakan untuk Lionel Messi sama ada di dalam dan di luar padang..mereka sangat akrab.

Luisito ketika itu berkata:

“Saya tidak dapat menerimanya dengan baik kerana cara Barcelona memperlakukan saya, sangat kejam.”

“Kita mesti menerima hakikat bahawa akan tiba waktunya sesuatu itu akan berakhir.”

“Saya menangis berhari-hari kerana keadaan saya ketika itu.”

Suarez meninggalkan kompleks Barcelona dengan mengesat air matanya.

Namun selepas itu Suarez belajar untuk menerima hakikat yang paling pedih dan menghargai suasana baharu dengan rakan baharu di Atletico.

“Kemudian selepas itu saya mula belajar menikmatinya, merasa dihargai lagi sebagai pemain, disayangi, merasa dijaga oleh kelab yang menyambut saya dengan sangat luar biasa,” tambah Suarez.

Suarez menerima tawaran Atletico Madrid, yang menandatanganinya secara percuma dan hanya perlu membayar bonus sekitar €4-6 juta euro.

Atletico mendapatkan Suarez dengan kontrak selama dua tahun untuk menjadi sandaran utama di barisan hadapan.

“Ada banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai.”

“Tetapi ketika berada di Barcelona dan anda harus berlatih selain daripada 22 pemain lain …”

“Isteri saya menyedari kesedihan yang saya rasakan, kekecewaan yang mendalam pada masa itu. Mereka [keluarga] hanya ingin melihat saya bahagia,” kata Luis Suarez.

Bukan sahaja Suarez yang mendapat panggilan maut daripada Koeman. Arturo Vidal, Ivan Rakitic, Firpo dan Samuel Umtiti juga dikatakan antara yang menerima panggilan daripada beliau.

Namun Umtiti dan Firpo masih kekal di Barca.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil