Suarez Dedah Bartomeu Sebenarnya Nak Jual Dia Selepas Mempergunakannya Memujuk Messi Kekal

Luis Suarez ternyata geram dengan Barcelona. Di mana menurut beliau, tidak ada seorang pun daripada pegawai lama Barcelona yang mengucapkan tahniah kepadanya ini termasuk bekas presiden, Bartomeu dan juga lembaga pengarah Barca yang dahulu. Sehinggakan dia hampir sahaja menghantar gambar dia dengan Piala La Liga.

Dalam wawancara yang sama penyarang 34 tahun itu mendedahkan siapa sebenarnya nak menjual beliau, Bartomeu ataupun Koeman.

Suarez menyertai Atletico Madrid pada September dan membantu kelab itu menjuarai La Liga pertama selepas yang terakhir pada 2014. Suarez menjaringkan 21 gol dalam kempen La Liga musim ini.

Suarez kemudian menegaskan bahawa Ronald Koeman seorang yang tidak ada personaliti yang kuat untuk menjadi pengurus Barcelona. Nak cakap kepada Suarez secara bersemuka pun Koeman takut.

“Pada Ogos, Koeman memberitahu saya bahawa saya tiada dalam perancangannya. Dia kemudian menyatakan bahawa” ‘jika perkara ini tak selesai esok, maka kamu akan kembali dalam perancangan saya’.”

“Saya tengok Koeman ini seorang yang tiada personaliti. Dia tak cukup kuat untuk berterus terang memberitahu saya depan depan bahawa saya ni tak diperlukan.”

Bartomeu sebenarnya nak jual Suarez, Koeman ibarat boneka

Suarez seterusnya menyatakan bahawa Bartoemeu yang mahu menjualnya.

“Sebenarnya, keputusan menjual saya itu adalah keputusan daripada lembaga pengarah / board.”

Nampaknya, Koeman sebenarnya menjadi kambing hitam dalam penjualan Suarez. Bartomeu adalah dalang yang sebenarnya.

Cuma Suarez kecewa cara Koeman menyingkirkan Suarez dengan SMS dan melabel pemain itu sudah terlalu tua untuk beraksi bersama dengan Barcelona.

Ditanya tentang hubungannya dengan Barca. Suarez ternyata masih ada hubungan yang baik. Cuma beliau terkejut, tak seorang pun dari Barcelona mengucapkan tahniah kepadanya, ketika dia meraikan kejuaraan La Liga. Bartomeu pun diam je tak ucap apa apa. Mana taknya, dah dia yang sebenarnya nak sangat lepaskan Suarez.

“Saya tak akan sesekali menentang Barcelona. Kerana mereka telah memberikan saya segalanya — peluang bermain di pentas elit.”

Suarez kemudian merasakan dirinya hanya dipergunakan oleh Bartomeu. Ini kerana ketika Bartomeu mahu Messi kekal dia meminta bantuan Suarez.

Bartomeu ketika itu berkeras tak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi.

“Saya terasa seperti dihina oleh beberapa ahli Board Barcelona terutama sekali presiden Bartomeu.”

“Pesiden menyatakan segalanya ketika itu menerusi sidang media berbanding dengan menghubungi saya secara peribadi.”

“Ketika mereka nak Leo [Messi] kekal, boleh pulak dia call saya untuk memujuk Messi.”

“Kenapa mereka tak call saya ketika mereka nak saya berambus.”

Suarez terus membongkar bagaimana Koeman ibarat boneka sahaja. Walaupun dia coach, tetapi semua keputusan berkaitan pengurusan pemain adalah di tangan orang atasan.

“Untuk Koeman, saya faham. Mereka suruh kamu untuk beritahu saya. Masa itu kamu lihat dia tak ada personaliti yang kuat. Dia bukan ‘coach’ sebaliknya orang atasan semua buat keputusan.”

“Bartomeu dan bekas board Barcelona, tak seorang pun hubungi saya untuk ucap tahniah. Ringan je tangan saya hampir nak hantar gambar kepada mereka.”

Sebelum ini, selepas meraikan kemenangan yang memberikan kejuaraan kepada Atletico Suarez berkata: “Barca tidak menghargai saya, dan Atletico membuka pintu kepada saya.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada kelab ini kerana mempercayai saya.”

Luis Suarez akan dikenang sebagai legenda Barcelona dan juga akan disebut sebagai legenda Atletico pada masa yang sama. Beliau menjadikan impian peminat Atletico dan Simeone menjadi terlaksana sekali lagi selepas kejuaraan terakhir mereka pada 2014.

Tidak kurang juga yang teringatkan David Villa yang dilepaskan ke Barca, juga dengan nilai EUR5 juta, dan membantu pasukan tersebut menjuarai  La Liga.

Suarez dianggap ‘membalas’ budi Villa. Walaupun hakikatnya, cara Suarez meninggalkan Barcelona tidak sama dengan apa yang berlaku kepada Villa.

Baca yang lain