Suarez Dedahkan Real Madrid Sedia Jual Benzema Ke Arsenal Untuk Mendapatkannya

Luis Suarez berkongsi tentang perpindahannya ke Barcelona. Di mana dia ketika itu turut menjadi sasaran Real Madrid.

Kelab ibukota Sepanyol itu sedia melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Suarez termasuk menjual Karim Benzema ke Arsenal.

Ketika wawancara dengan DelSol, Suarez berkongsi cerita di mana Real Madrid telah menyediakan pakej kontrak yang lumayan untuk mendapatkan Suarez.

Kelab itu juga mahu menjual Benzema ke Arsenal, tanda bahawa Real Madrid sangat serius mahu menjadikan Suarez sebagai no.9 baharu mereka.

Namun peristiwa di Piala Dunia 2014, di mana Luis Suarez menggigit Chiellini membuatkan Los Blancos mulai mengurangkan minat mereka untuk membeli Suarez dan tak jadi menjual Benzema.

Suarez akhirnya menerima tawaran daripada Barcelona. Dan menariknya, ketika itu Barcelona memasukkan klausa khas melarang Suarez menggigit mana mana pemain lagi atau dia akan dikenakan tindakan berat.

Ini kerana sebelum itu dia sudah beberapa kali menggigit orang termasuk Ivanovic pun pernah kena.

Suarez berkata: “Sebelum Piala Dunian 2014, Madrid mahukan saya dan mereka ketika itu mahu menjual Benzema ke Arsenal.

“Barcelona turut berminat mendapatkan saya dengan Luis Enrique memberikan tekanan kepada kelab untuk mendapatkan saya.

“Sebaik sahaja Piala Dunia bermula Barca mulai menyertai persaingan mendapatkan saya. Jelas saya lebih memilih Barca berbanding Madrid.

“Insiden gigitan berlaku di Piala Dunia 2014, namun Barcelona masih berminat mahu mendapatkan saya walaupun saya dikenakan hukuman. Saya sentiasa berterima kasih ke atas mereka di atas perkara itu.

“Saya memiliki 2 pilihan dan akhirnya saya ke Barcelona kerana itu impian saya dari kecil.”

Ketika di Barcelona, Suarez membentuk trio MSN bersama Messy dan Neymar. Yang dianggap sebagai salah satu trio paling hebat dalam sejarah sukan.

Kesabaran Madrid ke atas Benzema juga terbalas. Kerana selepas pemergian Ronaldo, Benzema menjadi bintang utama Real Madrid dan memenangi Ballon d’Or.

Benzema turut menjulang 5 UCL bersama Real Madrid, 4 La Liga.

Arsenal yang gagal mendapatkan Benzema pada masa itu akhirnya membeli Danny Welbeck pada masa itu. Dan itu membuatkan Arsenal terus bergelut mencari penyerang no.9 baharu selepas itu.

Namun begitu Arsenal tetap mendapat impak domino, di mana Barcelona turut melepaskan Alexis Sanchez pada jendela perpindahan yang sama.

Sanchez menjadi penyelesaian kepada isu jaringan gol di Emirates.

Baca yang lain