Kisah Suarez: Kantoi Menipu Exam Bahasa Itali, Kini Bartomeu Tiba Tiba Halang Dia Ke Atletico

Perpindahan penyerang Barcelona, ​​Luis Suarez ke Atletico Madrid berada dalam situasi rumit.

Suarez pada jendela perpindahan kali ini digantung tak bertali oleh Barcelona.

Bermula dengan Koeman yang memberitahu Suarez menerusi telefon bahawa pemain itu harus angkat kaki.

Namun Suarez kemudian dikatakan diberikan sedikit harapan apabila situasi Lionel Messi diselesaikan.

Suarez disuruh berambus

Suarez malah menyatakan dia mahu terus kekal di Barca. Suarez malah menganggap rumors ke kelab lain sebagai fake news.

Namun selepas itu, Suarez diarahkan berlatih sendiri dan tidak dengan pasukan.

Lebih kejam Barcelona menamatkan kontrak Luis Suarez dan membenarkan beliau pergi secara percuma.

Lalu pemain itu mulai dikaitkan dengan perpindahan ke Itali.

Perpindahannya ke Juventus dikatakan hanya dihalang oleh kelewatan pasport.

Suarez mengambil peperiksaan bahasa Itali untuk mengesahkan pasport Itali beliau. Suarez dengan cepat berjaya lulus ujian itu.

Kantoi menipu

Malang sekali laporan terbaru dari ANSA menyatakan Suarez sebenarnya menipu di dewan exam.

Sehari selepas exam itu Juventus mengeluarkan kenyataan mereka tak mahukan Suarez dan tak ada kaitan dengan ujian yang diambil Suarez.

Lalu destinasi terdekat Suarez kini adalah Atletico Madrid. Diego Simeone sangat mahukan pemain itu yang boleh didapati secara percuma.

Presiden Barcelona, ​​Josep Maria Bartomeu, dilaporkan menyekat perpindahan itu.

Bartomeu block Suarez

AS dari Sepanyol mengeluarkan laporan bahawa Bartomeu secara drastik dan tiba tiba telah menyekat langkah tersebut.

Bartomeu dilaporkan tidak akan menamatkan kontrak Luis Suarez jika dia bergabung dengan Atletico, yang kebetulan merupakan salah satu saingan utama Barcelona dalam Liga Sepanyol.

Ini bermakna Luis Suarez tidak boleh pergi ke sana.

Masih menurut AS, sebagai sebahagian dari perjanjian penamatan kontrak dengan Suarez, terdapat beberapa kelab yang disenarai hitam yang tidak dapat menjadi kelab baru pemain tersebut.

Bartomeu dilaporkan telah menambah nama Atletico Madrid ke dalam senarai.

Ini bermakna kedua-dua kelab mesti secara rasmi mencapai kesepakatan untuk perpindahan Suarez dengan melibatkan yuran perpindahan.

Atletico sebelum ini sudah menganggap mereka berjaya mendapat Suarez.

Ramai peminat Barcelona sangat marah dengan Bartomeu yang melayan Suarez tak ubah seperti anjing menurut mereka. Sedangkan pemain itu adalah antara pemain yang boleh dikatakan legenda.

Ada yang merasakan, biarkan saja Suarez pergi ke mana saja dia suka.

Sebelum ini Bartomeu telah melayan Riqui Puig dengan teruk dan mahu pemain itu mencari kelab baru. Selepas peminat berang, Bartomeu kemudian menjadikan alasan Koeman yang tak mahukan pemain itu.

Koeman menjawab perkara itu dengan menyatakan dia cuma mahukan pemain itu pergi secara pinjaman untuk mendapatkan minit.

Akhirnya Puig ingkar dan mahu terus kekal sahaja di Barca musim ini dan mencabar tempat dalam pasukan utama.

Kesian betul Luis Suarez ni.

Ini adalah gambar Suarez membaca kenyataan Bartomeu sebelum ini tentang situasinya menerusi telefonnya sebelum ini.