Suarez Kesal Atas Kelakuannya, Ucap Tahniah Dan Tumpang Gembira Untuk Liverpool

Luis Suarez telah mengakui kekesalannya kerana telah membuat marah penyokong Liverpool musim lalu.

Pemain Uruguay itu meraikannya seperti tidak ada hari esok, setelah mencetak gol menentang bekas pasukannya dalam kemenangan separuh akhir Liga Juara-Juara 3-0 di Nou Camp dan kemudian dicemuh peminat di Anfield ketika Barcelona datang untuk perlawanan kedua.

Setelah dipuja oleh peminat Reds semasa karier gemilangnya di Merseyside, ramai penyokong tidak senang dengan bekas penyerang mereka itu.

Pemain berusia 33 tahun itu menyatakan, dia tidak meminta maaf kerana meraikan gol untuk Barcelona, tetapi dia cuma kesal dengan apa yang berlaku dan memahami mengapa peminat terasa hati dengan kelakuannya.

“Saya tahu beberapa penyokong Liverpool marah kepada saya kerana saya meraikan gol menentang Liverpool di sini di Camp Nou dan untuk itu saya sangat sedih,” kata Suarez kepada laman web rasmi Liverpool.

“Saya menerimanya dan saya katakan bahawa semoga mereka memahami keadaan saya: kami bermain di tempat sendiri dan di separuh akhir Liga Juara-Juara.”

“Saya menikmati salah satu momen terbaik dalam hidup saya di sana dan saya rasa penyokong tidak melupakan bagaimana sikap saya ketika memakai jersi Liverpool. ”

Liverpool terus menjuarai Piala Eropah keenam dengan kemenangan ke atas Spurs dalam final Inggeris di Madrid tahun lalu.

Dan kini The Reds telah menyusul kejayaan itu dengan gelaran liga pertama mereka selama 30 tahun, setelah mereka dinobatkan sebagai juara pada hari Khamis lalu.

Suarez menjaringkan 31 gol ketika Liverpool hampir menutup kempen 2013/14 dengan kejuaraan.

Luis Suarez gembira kerana The Reds akhirnya dinobatkan sebagai juara England setelah menunggu selama 30 tahun.

Dia menambah: “Bagi saya, ini luar biasa bagi penyokong, pemain dan begitu ramai orang yang bekerja di Liverpool. Begitu ramai orang bekerja di sana dan selama 30 tahun terakhir mereka tidak tahu bagaimana rasanya Liverpool menang Liga Perdana.”

“Mereka mempunyai peluang yang sangat baik untuk menikmati kali ini dan saya rasa mereka sangat gembira dan mereka gembira ketika Jordan mendapat trofi.”

“Saya rasa mereka memerlukan masa ini, untuk penyokong Liverpool, untuk kelab Liverpool, untuk rakyat, untuk orang Scouse. Saya sangat gembira untuk mereka.”

Luis Suarez kini masih bermain untuk Barcelona dan masih berusaha untuk memenangi satu lagi kejuaraan La Liga.

Baca yang lain