Sekiranya anda meluangkan banyak masa di Internet, anda mungkin biasa dengan meme “Success kid”: Seorang bayi muda kelihatan yakin dengan menggenggam tangan yang penuh dengan pasir tanda dia telah berjaya melakukan tugasannya.
Namun di sebalik gambar itu ada seorang kanak kanak yang sedang meratapi berita bahawa ayahnya berisiko meninggal dunia kerana kegagalan ginjal.
Seorang wanita, Laney Griner memuat naik gambar anaknya – Sammy Griner – pada 2007. Dan ianya telah meletus tanpa kawalan mereka. Di mana anak dia kemudian menempa kegemilangan di internet tanpa mereka mahukan.
Berjuta juta pengguna internet menggunakan meme tersebut di seluruh dunia. Laney Griner memuat naik gambar anaknya di pantai itu kerana merasakan ia sangat comel.
Namun kisah di sebalik gambar itu, budak kecil itu sebenarnya bukan berkata:’YESS!’ tanda meraikan sesuatu, tetapi itu adalah detik beberapa saat daripada cubaannya memasukkan pasir ke mulutnya.
Kegemilangan tak diundang
Gambar Sammy itu telah dikongsi lebih 2.5 juta kali di internet.
Ibunya mulai merasai tidak selesa dengan gambar anaknya yang merata. Ada pihak menggunakannya untuk kepentingan dan pengewangan mereka secara peribadi.
Namun Laney tak mampu berbuat apa apa. Hanya terus hidup dengan setiap hari melihat gambar anaknya itu dikongsi di media sosial.
Laney merasakan ianya satu bencana kerana anaknya dan dia tidak mendapat apa apa keuntungan pun daripada gambar itu.
Namun pada suatu hari, pandangan Laney berubah 180 darjah.
Komuniti Internet membantu succes kid
Sammy ketika itu berusia 8 tahun telah menggunakan gambar memenya untuk meminta bantuan daripada netizen bagi mengumpulkan dana untuk ayahnya yang harus melakukan pemindahan buah pinggang.
Dilaporkan, News.com.au pada Mac 2016, ayahnya Justin Griner, didiagnosis menghidap penyakit ginjal pada tahun 2006, kemudian keadaannya bertambah buruk ketika dia mengalami kegagalan buah pinggang pada tahun 2009.
Keadaan itu memaksa Justin melakukan dialisis atau dialisis selama empat jam setiap hari. Pada masa itulah keluarga yang berada di Florida memutuskan untuk meminta bantuan pengguna internet untuk mengumpulkan dana melalui laman web GoFundMe serta mencari penderma ginjal.
Puan Sammy pada mulanya tidak mahu melibatkan anaknya yang semakin popular di internet, kerana dia ingin memberi tumpuan kepada suaminya.
“Tetapi kemudian saya fikir kemasyhuran Sammy mungkin akan dapat membantu memberikan kesedaran tentang usaha kami dan menambah dana untuk seorang ayah — dari wajah seorang budak kecil yang telah membuat jutaan orang tersenyum,” katanya kepada Buzzfeed.
Laney memberitahu Sammy akan perkara itu. Dan anaknya dengan senang hati membenarkan ibunya menggunakan gambar itu untuk mencari dana membantu ayahnya.
“Sammy benar-benar mengidolakan ayahnya. Dia dengan senang hati akan melakukan semua yang dia mampu untuk melihat ayahnya pulih.”
Usaha itu membuatkan Sammy dan Laney mendapat harapan luar biasa. Mereka berjaya memperoleh lebih dari $100,000 dalam masa beberapa hari. Jauh lebih tingi daripada sasara $75,000.
Ibu Sammy mengatakan bahawa dia terkejut dengan sokongan yang diberikan oleh netizen. Ramai penderma mendoakan ayahnya dan juga Sammy agar segalanya baik baik sahaja.
Malah mereka mengucapkan terima kasih kepada Sammy kerana menjadi wajah penghias dunia digital mereka.
“Saya tahu Success Kid adalah salah satu meme yang terkenal, tetapi di dunia nyata Sam hanyalah anak lelaki kami yang masih berusia 8 tahun, “katanya pada masa itu.
Akhirnya kemahsyuran yang dianggap sia sia itu dulu sebenarnya berubah sama sekali. Puan Laney akhirnya sedar bahawa ada komuniti internet yang sebenarnya sentiasa bersedia membantu mereka yang pernah menjadi ikutan mereka.
“Sudah lama dia digunakan sebagai meme di dunia maya. Tetapi kadang-kadang dia juga merasa malu dengan fotonya yang tersebar luas di internet.”
Puan Laney selepas mengumpul dana tersebut kemudian memuat naik status:
“Kepada internet: Saya sayangkan kamu sangat sangat”
Dear internet: I love you so damn much.
— Laney Griner (@laneymg) April 15, 2015
Di ruangan komen netizen tumpang gembira dengan kejayaan Puan Laney dan anaknya Sammy.
Kisah tersebut mendapat liputan meluas dari seluruh dunia. Dan ia menunjukkan bagaimana internet berkerja jika ianya digunakan dengan baik dan niat yang betul.
The Real Boy From The “Success Kid” Meme Is Trying To Get His Dad A New Kidney http://t.co/4DVv39eITY pic.twitter.com/I6st3e4ASv
— BuzzFeed (@BuzzFeed) April 15, 2015
Kini gambar budak yang nak makan pasir ditafsir sebagai succes kid itu benar benar succes sesuai dengan kehendak internet.
Bak kata orang, kata kata itu boleh menjadi satu doa. Benar benar Sammy menjadi budak yang berjaya.
The Real Boy From The “Success Kid” Meme Is Trying To Get His Dad A New Kidney http://t.co/4DVv39eITY pic.twitter.com/I6st3e4ASv
— BuzzFeed (@BuzzFeed) April 15, 2015
Kisahnya berakhir seperti ini: