Sudah Cukup! Man United Berusaha Jual Kapten Merangkap Pertahanan Termahal Dunia

Manchester United dilaporkan sudah cukup memberikan Harry Maguire peluang untuk membuktikan dirinya menepati status sebagai pertahanan termahal dunia ketika dibeli dengan nilai GBP 80 juta dari Leciester.

Harry Maguire dilaporkan akan dijual oleh Manchester United pada musim panas ini, dengan laporan menyatakan Red Devils telah mengikat perjanjian secara verbal dengan penggantinya.

Pemain pertahanan England itu menyertai United dengan bayaran besar £80m pada musim panas 2019 daripada Leicester. Yuran yang mereka bayar kepada Foxes kekal, sehingga hari ini, jumlah paling mahal yang pernah dibelanjakan untuk pemain pertahanan.

Pada usianya 29 tahun, Maguire telah muncul untuk United sebanyak 138 kali, menjadi ketua pasukan dalam kebanyakan daripada aksi tersebut.

Bagaimanapun, Maguire tidak pernah berjaya membuktikan atau menepati tag bayarannya dan keraguan terhadap kualitinya dalam jersi United terus menyelubungi peminat Manchester United.

Tambahan pula, Roy Keane adalah antara mereka yang mengkritik kualiti kepimpinan Maguire lebih daripada sekali.

Setelah mengekalkan hanya enam kali sahaja tanpa bolos dalam Liga Perdana musim ini, adalah mudah untuk memahami kritikan itu. Sebahagian daripada kejayaan United sejak 25 tahun lalu adalah berdasarkan keupayaan mereka untuk menutup lawan dengan adanya bek tengah berkelas dunia dan lasak.

Oleh itu, ia tidak mengejutkan untuk melihat laporan yang menunjukkan United sedang mencari untuk cara untuk menjual Maguire.

Jelas sekali United akan bergelut untuk meletakkan tanda harga yang hampir jumlah wang yang mereka belanjakan untuk Maguire beberapa tahu lalu.

Dan mencari pembeli untuk bintang England dengan kaps 41 kali itu mungkin lebih mudah diucapkan dengan kata kata daripada melakukannya.

Dari segi bayaran, United pastinya cuba sedaya upaya meletakkan nilai setinggi yang boleh. Satu lagi masalah pastinya terletak pada Maguire. United menjual pemain, ianya memerlukan kesepakatan dengan Maguire. Dia mungkin tidak mahu menerima pengurangan gaji di tempat lain dan ini akan membawa kepada masalah.

Akanji capai kesepatakan verbal

Beberapa laporan mencadangkan Ralf Rangnick sedang mencari peningkatan di barisan pertahanan dan serangan pada musim panas ini. Untuk pertahanan, nama yang sering kali disebut ialah Manuel Akanji.

Pemain pertahanan Switzerland itu telah bersama Borussia Dortmund sejak Januari 2018, menandatangani kontrak dari Basel. Dia telah menjadi pemain tetap dalam pertahanan mereka, mencatatkan lebih daripada 150 penampilan.

Akanji masih berusia 26 tahun, dan menjanjikan masa depan yang cerah. Bagaimanapun, perjanjiannya di Westfalonstadion tamat pada musim panas 2023 dan perbincangan mengenai lanjutan masih belum membuahkan hasil.

Itu teleha meletakkan BVB dengan sesuatu yang dilema pada musim panas ini, dengan tawaran yang cukup besar yang berkemungkinan akan membuatkan mereka menjual pemain itu. BvB terkenal dengan reputasi menjual pemain bintang jika ditawarkan harga tinggi.

Menurut laporan di Sepanyol, United kini telah mencapai kata sepakat untuk membawa Akanji ke Old Trafford pada musim panas ini.

Walaupun tiada butiran yuran yang akan dibayar oleh United telah diumumkan, laporan sebelum ini menyatakan United tidak akan mempunyai masalah untuk bersetuju dengan pakej kewangan untuk pemain itu. United cukup kaya untuk membeli mana mana pemain.

Untuk itu, Bild baru-baru ini menyatakan United menawarkan Akanji perjanjian bernilai £260,000 seminggu. Itu akan membuatkan gajinya meningkat 2 kali ganda berbanding £130,000 seminggu yang ditawarkan Dortmund kepadanya dalam kontrak baharu.

Akhbar Jerman sebelum ini juga mencadangkan Red Devils mungkin perlu membayar yuran dalam lingkungan £21 juta untuk pemain pertahanan itu.

Selain itu, satu lagi akhbar Jerman, Ruhr Nachrichten, mendakwa Dortmund tidak akan menghalang Akanji jika dia mahu pergi.

Apa yang pasti Bild melaporkan bahawa Akanji benar benar sedang menuju ke Old Trafford.