Sudah Move On Ditinggalkan Cinggey, Alli Kantoi Mencium Maria Yang Merupakan Anak Dara Guardiola

Dele Alli sebelum ini putus cinta dengan aweknya. Dan dikatakan telah mempengaruhi aksinya di atas padang. Supermodel bernama Ruby Mae dilaporkan meninggalkan Dele Alli pada Februari lalu.

Alli dan Mae telah berpacaran selama lima tahun. Namun jodoh nampaknya bukan milik mereka. Alli yang sangat kecewa sampaikan pernah mencari teman wanita baharu menerusi aplikasi dating.

Alli sangat sayangkan Ruby Mae. Namun tidak pasti kenapa mereka berpisah begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, Alli mungkin baru menemui teman baharunya. Dele Alli kantoi telah mencium anak dara Guardiola pada Sabtu minggu lalu.

Alli merupakan pemain yang berusia 25 tahun. Anak Guardiola yang bernama Maria tersebut berusia 20 tahun dan masih belajar.

Alli dan Maria dilihat sangat mesra duduk semeja dan sangat intim sesama mereka tanpa memperdulikan orang lain di sekeliling mereka.

Maria sebelum ini pernah memberitahu bahawa Alli hanyalah kawan baiknya. Daripada friendzone, Alli mungkin baru menjadi teman lelakinya setelah Alli dilihat mencium Maria.

Daily Mail melaporkan agensi yang menguruskan Dele Alli tidak mahu memberikan ulasan ataupun komen tentang gambar tersebut yang tular di media sosial.

Hasil perkahwinan dengan Cristina Serra pada 2014, Guardiola ada tiga orang anak. Maria merupakan anak sulungnya. Anak kedua beliau berusia 18 tahun bernama Marius dan yang ketiga bernama Valentina, berusia 13 tahun.

Nampaknya Guardiola bakal menerima menantu dari kalangan pemain bola sepak. Dele Alli merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji GBP100,000 seminggu bersama Spurs.

Alli masih berusaha untuk kembali semula ke dalam skuad kebangsaan England yang akan beraksi di EURO akan datang.

Dengan persaingan sengit di tengah, Alli sedar bahawa Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa. Bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti.

Apa pun jua bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti. Mungkin itulah kata kata yang menjadi motivasi Dele Alli ketika ini.

Dele Alli pada masa yang sama masih berusaha membantu Spurs untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok pasukan yang akan ke Eropah sekurang kurangnya ke UEL.

Jika tidak, ia akan menjadi tamparan hebat kepada Spurs kerana beban hutang yang banyak.

Baca yang lain