Sudah Puas Jadi Jaguh Asean, Mano Polking Sasar Thailand Jadi Juara Asia

Pasukan kebangsaan Thailand berjaya menjuarai Piala AFF 2022. Dan kejayaan itu membuatkan Jurulatih mereka, Alexandre Polking menegaskan pasukannya kni menaikkan lagi sasaran mereka kepada peringkat Asia.

Menjadi juara di peringkat Asia Tenggara bukan lagi sasaran utama mereka. Kerana kini mereka mahu menjadi juara Asia.

Thailand mempertahankan kejuaraan selepas menundukkan Vietnam 1-0 pada perlawanan kedua final Piala AFF 2022. Keputusan di Stadium Thammasat, Rangsit, itu membuatkan tuan rumah menang agregat 3-2 ke atas Vietnam yang dikendalikan Park Hang Seo buat kalu terakhir.

Pasukan Gajah Perang menang menerusi jaringan Theerathon Bunmathan, dengan satu rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-24.

Satu gol sudah memadai untuk Thailand melakar kemenangan Thailand kerana pada perlawanan pertama seri 2-2.

Thailand telah memenangi kejuaraan ketujuh dalam Piala AFF. Mano Polking berkata pasukannya tidak akan berpuas hati sekadar menjadi raja di Asia Tenggara. Mereka kini mahu menjadi raja di Asia pula.

Mano Polking berkata: “Thailand telah dinobatkan sebagai juara Asia Tenggara (Piala AFF) sebanyak 7 kali. Tetapi matlamat kami tidak terhenti di situ.”

“Thailand mahu mencapai kejayaan di peringkat benua (Asia) dan kami mahu bersaing secara adil dengan menjadi pesaing utama dalam kejuaraan Asia,” kata Polking.

“Matlamat kami adalah untuk terus meningkat, menjadi lebih baik dan tugas pengurus adalah membantu pemain menjadi lebih baik,” kata Polking.

“Kami akan berdepan lawan-lawan yang amat kuat seperti Jepun, Korea Selatan atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pentas Asia.”

“Oleh itu, kami perlu bekerja keras dan menunjukkan lebih banyak kemajuan.”

Thailand bakal berdepan dua lagi kejohanan penting selepas ini iaitu Sukan SEA 2023 (5-17 Mei 2023), dan Piala Asia 2023 yang masih belum dijadualkan.

Baca yang lain