Suit Angkasa SpaceX Dicipta Pereka Hollywood, Ini Evolusi Industri Spacesuit

Walaupun pelancaran roket Demo-2 ditangguhkan kerana cuaca buruk, namun perhatian dunia tetap tertumpu kepada baju angkasawan yang dipakai oleh Doug Hurley dan Bob Behnken.

Suit angkasawan itu dianggap futuristik dan nampak lebih bergaya. Helmet yang digunakan adalah dicetak secara 3D dan sarung tangannya pula sensitif dengan skrin sentuh.

Starman oleh SpaceX

Walaupun ia kelihatan lebih canggih dan lebih kompak, namun tujuannya tetap sama, iaitu untuk melindungi krew dan angkasawan daripada depressurisation, di mana udara hilang di dalam kapsul.

Suit itu juga digunakan untuk memastikan angkasawan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi serta berada pada tahap suhu yang sesuai.

Jaringan komunikasi dan udara untuk bernafas disediakan melalui kabel “umbilik” tunggal di tempat duduk yang “dipasang” pada sut.

Baju yang dipanggil The Starman suit, dan ianya adalah rekaan oleh pereka Hollywood, Jose Fernandes yang popular dalam rekaan suit untuk filem Sci-fi termasuk Captain America: Civil War and Batman v Superman: Dawn of Justice.

Suit ini dicipta dan sesuai untuk digunakan berjalan di angkasa.

The Boeing Blue

Syarikat aeroangkasa, Boeing juga turut ada kontrak dengan Nasa untuk membawa angkasawan ke setsen angkasa dalam kapal angkasa CST-100 Starliner.

Mereka turut mereka baju angkasa – The Boeing Blue – yang dikatakan 40% lebih ringan daripada baju angkasawan sebelumnya.

Baju tersebut direka dengan lapisan dalaman yang mampu mengekalkan suhu sejuk kepada angkaswan. Ia juga ada sarung tangan yang sensitif untuk skrin sentuh. Jadi, angkasawan boleh bekerja dengan menggunakan tablet dengan suit tersebut

Suit ini dikatakan lebih lembut. Helmetnya juga lebih ringan dan membolehkan angkawasan melihat secara pandangan periferal yang lebih baik menerusi visor khas. Terdapat zip pada bahagian torso untuk memudahkan angkasawan mengubah posisi dari duduk kepada berdiri.

Program Artemis NASA

Pada 2019, Nasa telah berkongsi secara dekat dua generasi seterusnya, suit angakasawan menerusi program Artemis mereka.

Nasa mahu menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2024 menggunakan kapal angkasa Orion.

Salah satu daripada suit angkasawan ini dipanggil Orion Crew Survival System, dan ia sesuai untuk dibandingkan dengan suit keluaran SpaceX dan Boeing.

Suit yang dipanggil Pumpkin itu dikatakan lebih ringan.

Satu lagi suit angkasawan dipanggil Exploration Extravehicular Mobility Unit (xEMU) yang direka khas untuk angkasawan yang mendarat di bulan.

Ini jauh lebih besar daripada pakaian angkasawan yang digunakan di dalam kapal angkasa.

Ini kerana ia perlu melindungi pemakainya dari suhu yang melampau di luar kapal angkasa, dan memberikan beberapa pelindung terhadap mikrometeorit dan zarah kecil serpihan angkasa.

Sehubungan dengan itu, ia serupa dengan pakaian yang sebelumnya digunakan untuk berjalan kaki di angkasa di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Suit untuk berjalan di ISS

Ada dua jenis suit angkasa yang digunakan untuk berjalan di ISS. Pertamanya adalah Orlan dari Rusia yang julung kalinya dipakai pada Disember 1997.

Satu lagi adalah suit oleh Nasa – Extravehicular Mobility Suit (EMU) – yang diperkenalkan pada tahun 1981. Suit ini mampu membantu angkawasan terus hidup selama 8.5 jam di dalamnya pada permukaan vacuum di angkasa.

Angkasawan yang pergi ke ISS dilatih menggunakan EMU dan Orlan suits.

Suit yang dipakai oleh angkasawan Apollo ke bulan adalah EMU.

Industri pembuatan pakaian angkasawan ini telah lama bertapak sejak  Alexei Leonov berjalan di angkasa pada 1965.

Baju angkasa yang digunakan oleh Leonov itu telah terapung ketika dia melangkah keluar ke permukaan vacuum. Tangannya terkeluar dari sarung tangan. Ianya memberikan risiko yang besar kepada angkasawan.

Sejak dari hari itu, banyak kajian dilakukan untuk memperbaiki penghasilan baju angkasawan.

Rujukan: Yahoo News