Sukan Asia 2022: Lee Zii Jia Kalahkan Mourinho 21-0

Pemain badminton handalan Malaysia, Lee Zii Jia mencatat kemenangan luar bias 21-0 pada Sukan Asia 2023.

Lee Zii Jia meraih kemenangan yang dianggap kemenangan mutlak ini dalam perlawanan menentang Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus dari Timor Leste. Lee Zii Jia mencatat kemenangan 21-0 pada perlawanan set pertama.

Pada set perlawanan kedua, Mourinho mampu meraih mata walaupun menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan Lee Zii Jia.

Lee Zii Jia menang 21-7 pada perlawanan kedua dan memastikan dia layak ke pusingan 16 terakhir Sukan Asia.

Perlawanan pusingan kedua Sukan Asia itu dianggap lebih mudah berbanding perlawanan pertama yang dihadapi Lee Zii Jia.

Pada pusingan pertama, Lee Zii Jia terpaksa melalui pertarungan tiga set untuk menewaskan Ng Ka Long Angus dengan jaringan 15-21, 21-15, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 3 minit.

Apa yang menarik, Mourinho sempat memberikan hadiah kenang kenangan kepada Lee Zii Jia selepas tamat perlawanan. Detik itu sempat dirakam oleh wartawan Nadi Arena.

Selepas layak ke pusingan 16, Lee Zii Jia akan menunggu pemenang dalam aksi antara Kunlavut Vitidsarn melawan Nguyen Hai Dang. Kunlavut ialah juara dunia 2023 dan kemungkinan besar akan menjadi lawan Lee Zii Jia dalam pusingan itu.

Lee Zii Jia adalah antara harapan Malaysia untuk memenangi pingat di Sukan Asia. Bagaimanapun, selepas menyinar dan naik sehingga ke ranking kedua dunia, prestasi Lee Zii Jia agak merosot pada 2023.

Inilah sebabnya membuatkan Lee Zii Jia tidak menjadi antara pemain senarai pilihan kali ini dan diundi dalam laluan sukar pada pusingan awal.

Lee Zii Jia sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia sangat fokus dan hanya mahukan kemenangan sahaja.

Baca yang lain