Lee Zii Jia sebelum ini berdepan lawan yang sukar pada pusingan pertama. Dan lawan yang mudah pada pusingan 32 akhir, di mana dia menentang Mourinho dari Timor Leste.
Lawan sebenar Lee Zii Jia pastinya penyandang juara dunia dari Thailand iaitu Kunlavut Vitidsarn pada aksi 16 akhir.
Dalam aksi tersebut Lee Zii Jia bermula dengan sangat perlahan. Di mana dia banyak kehilangan mata pada pusingan awal. Seinggakan pada satu ketika kelihatan dia menyerahkan sahaja set pertama menjadi milik Kunlavut kerana terlalu jauh untuk dia kejar.
Lee Zii Jia kalah 21-10. Ia bukan petanda yang baik buat pemain perseorangan no.1 Malaysia itu yang dilanda krisis prestasi pada musim ini. Yang membuatkan dia terpaksa menempuh laluan sukar dari pusingan awal dan berdepan juara dunia di pusingan 16 akhir.
Namun bekas juara All England itu membuktikan taringnya masih berbisa. Dia berjaya melepasi set kedua yang sangat sengit. Lee Zii Jia menang 21-19 pada set kedua untuk mengheret permainan ke pusingan penentuan.
Pada pusingan ketiga ataupun rubber game, Zii Jia ternyata menguasai permainan secara total. Sehingga pada satu ketika dia berada di kedudukan 19-3 selepas mengutip 14 mata berturut turut. Dan ianya benar benar tak masuk akal.
This is the rubber game point.
14 consecutive points by Lee Zii Jia. CRAZY!!!#AsianGames2022 pic.twitter.com/6Any3BBODBβ Z ππ²πΎ (@theone_xyz) October 4, 2023
Kunlavut kelihatan gugup dan tidak bermaya dan akhirnya tewas 21-6 kepada Lee Zii Jia.
19th Asian Games Hangzhou 2022
ποΈ 04 Oct
ποΈ Round 16
πΈ BadmintonMen's Singles
π²πΎLee Zii Jia π πΉπ Kunlavut Vitidsarn10-21
21-19
21-6@TeamLZJ π«‘ #BadmintonMalaysia #AsianGames2022 #Hangzhou2022 pic.twitter.com/yJpQzWY62Pβ Giarc Nibisna (@craigansibin) October 4, 2023
Lee Zii Jia akan melaju ke suku akhir acara perseorangan badminton Sukan Asia 2023.
Syabas kepada Lee Zii Jia semoga berjaya.