Singapura B-23 dibentuk berasaskan dari skuad Young Lions yang bermain di Liga-S. Pasukan ini hanya menjaringkan 28 gol. Menjadi pasukan paling tumpul walaupun merekodkan bolos ke-2 terbaik pasukan tempatan di liga itu.
Apabila Faris dan Ikhsan dipanggil, Fandi mencari jawapan kepada masalah itu. Seorang lagi anak kepada jurulatih itu iaitu Irfan juga dipanggil. Bakal melengkapkan kekuatan skuad Young Lions.
Penyerang, Ikhsan dan Faris
60% pemain Sukan SEA kali ini datang dari pasukan Young Lions. Walau bagaimanapun skuad Young Lions tidak mempunyai penjaring yang tajam. Fandi memanggil anaknya yang beraksi di liga Divisyen 2 Norway, Ikhsan bagi memperkuatkan barisan hadapan Young Lions.
Ikhsan begitu berkembang disana, menjadi pemain utama kelab Roufoss IL dengan tampil 30 kali dalam semua pertandingan. Beliau mencetak 6 gol untuk membantu kelab tersebut kekal di pertengahan liga.
Ikhsan juga tampil 5 kali bersama skuad kebangsaan Singapura sepanjang 2019. Pemain ini merupakan penjaring utama ketika Singapura mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 pada pertengahan tahun lepas.
Rekod menunjukkan beliau agak kurang melakukan percubaan ke arah gawang tetapi mempunyai penyudah tajam setiap kali berpeluang melakukannya. Nisbah percubaan setiap perlawanan hanya sekitar 0.2, data dari liga 2 Norway.
Ikhsan tidak mampu menggalas bebanan bersendirian, Faris menjadi pelengkap kepada unit serangan Singapura.
Pemain terbaik tahunan Singapura 2019 ini dipanggil oleh Fandi bagi mengisi 2 kuota pemain lebih umur yang dibenarkan.
Peminat di Malaysia sudah tahu apa kekuatan pemain Faris. Mempunyai kelajuan dan pecutan. Mahir di kawasan sisi kiri menyerang. Juga boleh bermain di posisi penyerang tengah. Dengan status pemain terbaik tahunan Liga-S 2019, Faris pasti akan mendapat tumpuan besar.
Ikhsan lah pasangannya jika Fandi mahu menggunakan serangan berkembar. Naqiuddin Eunos diperlukan apabila beliau mahu membentuk trio serangan dalam pasukannya.
Unit Bertahan
Abang kepada Ikhsan sudah pasti menjadi pemain utama di barisan pertahanan. Seperti bapa dan adiknya, Irfan Ahmad mula melebarkan karier bola sepak ke luar negara. Ketika Ikhsan sudah berjaya menembusi eropah, Irfan terbang ke Thai League 2 menyertai Bangkok Glass.
Bangkok Glass salah satu pasukan besar tetapi jatuh ke divisyen 2 pada musim ini. Kejatuhan Bangkok Glass dibantu oleh perkara teknikal seperti Thai League 1 mengurangkan jumlah pasukan dari 18 kepada 16. Menyaksikan 4 pasukan terpaksa diturunkan.
Pada musim ini, Irfan mempunyai musim yang baik apabila menjadi pemain utama dengan meraih 32 penampilan dan menyumbang 6 gol bersama Bangkok Glass. Irfan menjadi penyelesaian kepada ketiadaan Tanaborn Kesarat, salah seorang pemain Kebangsaan Thailand yang bernama besar.
Bangkok Glass menjuarai Thai League 2 dan kembali ke divisyen utama pada musim hadapan. Kejayaan ini mampu memberi motivasi terbaik kepada Irfan untuk dibawa masuk ke dalam skuad kebangsaan Singapura B-23 pada Sukan SEA kali ini.
Sistem Fandi
Fandi Ahmad boleh bermain dengan 2 penyerang atau 3 penyerang. Apa pun formasi yang mahu dibentuknya, Faris dan Ikhsan akan berada di barisan pemain utama. Faris boleh menawarkan 2 pilihan di sisi atau tengah sementara itu Ikhsan merupakan pemain no.9 tulen.
Fandi agak bereksperimen di Liga-S berkaitan sistem back 3 dan back 4. Fandi menggunakan 1 lagi kuota pemain lebih umur dengan menyenaraikan pemain pertahanan sisi, Tajeli Selamat dari Warriors fc.
Ryhan Stuart menyertai Tajeli, pemain pertahanan muda Warriors. Walaupun Warriors meraih kedudukan lebih baik berbanding Young Lions tetapi skuad muda negara ini mempunyai jumlah bolos yang lebih baik.
38 berbanding Warriors 56.
Malahan young lions lebih baik berbanding pasukan terbaik tempatan S-League, Hougang United. Hanya 38 bolos berbanding Hougang, 45.
Jelas skuad Fandi Ahmad tidak terlalu kritikan di barisan pertahanan. Cuma Young Lions agak buruk dari sudut jaringan, menjadi pasukan paling kurang menjaringkan gol pada musim 2019 dengan hanya 28 kali.
Fandi perlukan penyerang yang boleh menjaringkan gol tidak kira dengan sistem pertahanan bertiga atau berempat.
Enjin tengah pasukan ini pasti lebih terarah kepada nama Joshua Pereira. Kapten Young Lions. Fandi juga kerap mengandingkan Pareira yang boleh bermain di posisi pertahanan tengah bersama Jacob Mahler.
2 pemain ini bakal menjadi nadi tengah kepada skuad kali ini terutamanya jika Fandi mahu menggunakan 2 gandar.
Masa gelap bola sepak Singapura akan berterusan?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Asia sering bercakap tentang Singapura sedang mengalami tempoh gelap dalam bola sepak junior mereka.
Skuad B-23 berada diantara skuad senior dan utama. Adakah transisi skuad utama itu akan dibarisi oleh kumpulan pemain yang berada dalam zaman gelap.
Melihat kepada pencapaian kelayakan Piala Asia dari 2016 hingga 2019, Singapura mula menunjukan sedikit peningkatan dari langsung tidak menang kepada tidak kalah.
Sudah 30 tahun Singapura tidak melangkah ke final Sukan SEA. Kali terakhir yang dilakukanya pada tahun 1989. Kejohanan yang menyaksikan Thailand dan Malaysia sering menguasai trofi kejuaraan sejak 13 edisi lepas. 11 milik Thailand dan 2 kali milik Malaysia.
Singapura mungkin akan mengekalkan kemarau panjang itu jika Faris dan Ikhsan berjaya mengejutkan Thailand dan Vietnam di peringkat kumpulan sementara Indonesia dilihat pasukan yang setaraf.
Skuad 20 Singapura dan jangkaan 11 pemain utama
- GK. Kenji Rusyidi (Home/Young Lions)
- GK. Zharfan Rohaizad (Young Lions)
- DR. Ryhan Stewart (Warriors)
- DR. Zulkarnain Suzliman (Young Lions)
- DL. Tajeli Selamat (Warriors)*
- DL. Jordan Vestering (Hougang Utd)
- DC. Irfan Fandi (BG Pathum)
- DC. Irfan Najeeb (Young Lions)
- DC. Syahrul Sazali (Young Lions)
- DC. Lionel Tan (Young Lions)
- MC. Joshua Pareira (Young Lions)
- MC. Jacob Mahler (Young Lions)
- MC. Shah Shahiran (Tampines Rovers)
- MC. Saifullah Akhbar (Young Lions)
- AMR. Nur Luqman (Young Lions)
- AML. Naqiuddin Eunos (Young Lions)
- SC. Faris Ramli (Terengganu)*
- SC. Ikhsan Fandi (Raufose IL)
*Pemain lebih umur