Thailand hampir menunjukkan jalan keluar kepada Vietnam dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan B.
Thailand mendahului 2-0 seawal 10 minit permainan, bagaimanapun Vietnam berjaya mengikat kedudukan 2-2 melalui 2 jaringan Nguyen Tien Lihn.
Thailand dan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan. Edisi kali ini menyaksikan pertama kali dalam sejarah Sukan SEA B-22 2 finalis gagal di peringkat kumpulan.
Sementara itu Kemboja tampil buat kali pertama di peringkat persaingan pingat, dan Indonesia membuat 5 penampilan berturut-turut di peringkat kalah mati.
Secara tidak langsung edisi kali ini akan menampilkan bakal juara baharu yang tidak pernah dimenangi oleh 4 pasukan ini sejak Sukan SEA menggunakan format pemain bawah umur.
Pada 9 edisi lepas, Thailand merangkul 7 kejuaraan diikuti Malaysia dengan 2 pingat emas.
Pasukan mana yang paling berpotensi menjuarai ibu segala pingat pada kali ini.
Vietnam dibawah Hang Seo terlalu memukau
Vietnam sedang melalui fasa terbaik bola sepaknya, terutamanya sejak Park Hang Seo dilantik menjadi jurulatih negara mereka pada 2017.
Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tiba ketika skuad B-22 Vietnam di pusingan akhir Piala Asia 2016. Hang Seo mewarisi pasukan yang baik.
Bekas pembantu Guus Hinddink ini terus mengangkat Vietnam B-22 menjadi naib juara dan tampil buat kali ke-3 pada 2020 Piala Asia.
Tidak cukup sekadar itu, skuad bawah umur ini juga cemerlang di Sukan Asia, menjadi 4 pasukan terbaik kejohanan itu bersama Korea Selatan, Jepun dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).
Di peringkat senior, Hang Seo memacu skuad negara itu tampil di Piala Asia 2019. Menjuarai kejohanan AFF setahun sebelumnya. Kini sedang mendahului kumpulan kelayakan Piala Dunia/Asia.
Vietnam dan Park Hang Seo berada dilandasan yang tepat untuk merangkul pingat emas Sukan SEA kali ini.
Ini merupakan Sukan SEA pertamanya, pada 2017 jurulatih yang menggalas cabaran Vietnam adalah Nguyen Huu Thu.
Indonesia pakar peringkat kumpulan
Indonesia satu-satunya pasukan yang mara ke peringkat kalah mati selama 5 edisi berturut-turut. Jauh lebih baik dari Thailand dan Malaysia. Tetapi pasukan ini tidak pernah menjuarai sebarang edisi dalam tempoh tersebut.
Di peringkat lebih tinggi seperti Piala Asia B-22 dan Sukan Asia, pasukan ini bukanlah pasukan yang baik. Tidak pernah muncul di pusingan akhir Piala Asia. Thailand, Vietnam, Malaysia dan Malaysia lebih baik.
Cuma prestasi skuad Indra Sjafri di Sukan Asia ini agak baik apabila mampu mara ke pusingan 16 kejohanan itu.
Prestasi itu dibawa ke Sukan SEA apabila menyingkirkan Thailand di peringkat kumpulan.
Indonesia hampir menjuarai Sukan SEA dibawah kendalian Rahmad Darmawan, tetapi tewas kepada skuad Ong Kim Swee melalui penentuan sepakan penalti pada 2011.
2013, Rahmad berjaya menewaskan Malaysia di peringkat separuh akhir tetapi tewas kepada Thailand 0-1 melalui gol sepakan penalti.
Selepas itu Luis Milla dan kali ini Indra Sjafri sekali berjaya lolos ke peringkat separuh akhir.
Indonesia calon kuat berada di pentas akhir bersama Vietnam. Pasukan ini akan menentang juara kumpulan A, Myanmar pada peringkat separuh akhir.
Final ke-3 mereka dalam 5 edisi dan mungkin juga terus kekal dengan pingat perak.
Myanmar kuat, tapi tidak mempunyai tradisi. Kemboja baru dalam kejutan pertama
Sememangnya Myanmar mempunyai catatan menarik bersama Vietnam apabila pasukan junior mereka pernah layak ke Piala Dunia satu masa dahulu.
Bagaimanapun Myanmar tidak dapat meneruskan kecemerlangan kumpulan pemain B-19 itu seperti mana Vietnam.
Mereka hanya layak ke Piala Asia B-22 pada 2013, selepas itu gagal pada 3 edisi berikutnya. Manakala Vietnam sentiasa ada di peringkat itu pada tempoh tersebut.
Rumusan
Selepas Thailand terkeluar, Vietnam akan menjadi calon paling kuat yang mungkin tidak mampu dicabar oleh pasukan lain.
Diikuti Indonesia pasukan paling banyak mencipta kejutan dan Myanmar dijangka bersaing dengan Kemboja bagi merebut pingat gangsa.
Jadual peringkat separuh akhir, 7 Disember 2019
- Myanmar lwn Indonesia
- Vietnam lwn Kemboja
Anda rasa?