Thailand menghantar 20 pemain ke Manila tanpa menggunakan 2 kuota pemain lebih umur yang dibenarkan. Ketika senarai pemain itu sudah dihantar, Ekannit Panya mengalami kecederaan dan perlu berehat selama 3 bulan. Thailand perlu mengharungi 5 perlawanan kumpulan B dalam tempoh 10 hari dengan 19 pemain.
Adakah mereka percaya skuad B-23 terlalu kuat?
Sejarah membuktikan Thailand cukup berjaya dalam kejohanan rantau Asean, meraih 11 kejuaraan pada 13 edisi lepas. Hanya Malaysia berjaya menghentikan penguasaan mereka pada edisi 2009 dan 2011 di Vietiane dan Jakarta.
Melihat kepada baki skuad 19 pemain Thailand, ada asas pasukan ini yakin tanpa menggunakan pemain lebih umur.
Kehilangan Ekkanit tidak merencatkan strike force Gajah Perang Muda
Thailand akan mempersembahkan trio remaja dari kelab terbaik mereka Buriram United. Supachok Sarachat, Supachai Jaided dan Suphanat Muenta bukanlah nama asing bagi kita.
Kumpulan penyerang masa hadapan yang sudah bermain di pelbagai pentas antarabangsa seperti skuad senior Gajah Perang, pertandingan Liga Juara Asia dan pemain kerap bermain di Thai League 1.
Walaupun trio ini datang dari kelab yang sama, Buriram United mampu memberi 25 penampilan kepada Supachok dan Supachai dan 19 penampilan kepada Suphanat. Satu pelaburan yang sangat berguna kepada negaranya.
Sitthichok Paso juga pemain yang muncul 14 kali bersama satu lagi kelab lagenda mereka, Chonburi. Kombinasi 4 pemain ini sudah menyaksikan 16 jaringan di pertandingan domestik.
Kehilangan Ekkanit tidak terlalu terkesan, 4 pemain tersebut masih mampu membina 4 pemain menyerang dalam sistem 4-2-3-1 sambil dibantu oleh pemain utama Bangkok Glass, Anon Amornlerdsak.
Masalah Thailand cuma bagaimana mahu menggilirkan pemain apabila perlu berdepan 5 perlawanan dalam tempoh 10 hari.
Jentera tengah dipenuhi pemain berbakat
Ratthanakorn Maikami nama yang perlu diigatkan, pemain muda sensasi mengemudi kelab besar Buriram. Pemain yang pernah dilabelkan seorang yang berbakat, berfungsi di peranan tengah bertahan.
Thailand agak sempurna apabila pemain ini bakal digandingkan bersama pemain dari Chonburi, Worachit Kanitsribampen. Kedua-dua pemain ini agak penting bersama kelab dengan muncul 18 hingga 21 kali sepanjang musim bersama kelab masing-masing.
Wisarut Imaura akan menjadi pilihan jika salah satu dari 2 pemain diatas tidak menepati jangkaan. Wirarut juga merupakan pemain kelab besar, Bangkok United. Meraih penampilan yang cukup untuk dilabelkan pemain muda yang sedang dibangunkan. 17 penampilan.
Kombinasi ‘Chiangrai Utd’ dan ‘Muangthong United’ di pertahanan tengah
Seperti 2 department di atas, Thailand tidak mempunyai isu tiada pemain yang bermain di liga utama untuk dipanggil.
Kejayaan Chiangrai United menjuarai Thai League 1 dibantu oleh 15 penampilan Shinnapat Leeoah, pemain yang masih berusia 22 tahun. Pemain ini dijangka akan bergandingan dengan Saringkarn Promsupa.
Thai League 1 merupakan liga yang sedikit mesra dengan pemain muda. Seperti Buriram Utd, Chonburi, Bangkok Glass. Muangthong Utd juga tidak ketinggalan melabur minit permainan kepada pemain muda. Promsupa bakal menjadi taruhan Muangthong di Sukan SEA kali ini. Pemain ini didedahkan sebanyak 16 kali oleh kelab ini.
Tidak susah untuk meramalkan siapa pemain pertahanan sisi skuad B-23 Thailand. Ia hanya melibatkan 3 nama diantara Jaturapat Sattham (Chainat Hornbill), Thitatathorn Aksornsri (rakan sepelatih Dominic Tan/Police Tero) dan Sarayut Sompin (PTT Rayong).
Kesemua nama pemain ini merupakan pemain yang meraih lebih 15 penampilan semusim.
Kombinasi penampilan kesemua 19 pemain ini sekitar 285 di pentas domestik tidak termasuk platform antarabangsa dan kelab asia. Kombinasi kumpulan pemain muda ini juga menghasilkan 46 jaringan sepanjang 2019.
Melihat kepada faktor ini, agak jelas mengapa Thailand terlalu yakin dengan menghantar pemain ke Manila tanpa bantuan 2 pemain lebih umur yang dibenarkan.
Mahu tidak mahu, setiap edisi, di atas kertas Thailand sentiasa menjadi pasukan pilihan.
Senarai 20 dan 11 pemain pilihan Thailand
- GK. Korraphat Nareechan (Buriram United/Khonkaen)
- GK. Nont Muangngam (Chiangmai)
- DR. Thitathorn Aksornsri (Police Tero)
- DL. Jatirapat Sattham (Chainat Hornbill)
- DC. Shinnaphat Leeaoh (Chiangrai United)
- DC. Saringkarn Promsupa (Muangthong United)
- DC. Sarayut Sompim (PTT Rayong)
- DC. Chatchai Saengdao (Muangthong United)
- DC. Kritsada Kaman (Bangkok United)
- MC. Ratthanakorn Maikami (Buriram United)
- MC. Worachit Kanitsribampen (Chonburi)
- MC. Wisarut Imaura (Bangkok United)
- MC. Anon Amornlerdsak (Bangkok United)
- FC. Sittichok Paso (Chonburi)
- FRC. Supachai Jaided (Buriram United
- FRC. Jaroensak Vongkorn (Samut Prakan)
- FLC. Suphanat Muenta
- FLC. Ekannit Panya (digugurkan/cedera)