Sule Adalah Yoo Jae Sook Indonesia

Bakat melawak secara semula jadi dan spontan ini bukan dimiliki oleh semua pelawak.

Di zaman serba teknologi kini muncul begitu banyak pelawak dari pelbagai platform. Ada yang muncul dari program realiti telivision ada yang muncul dari bakat video pendek dan pelbagai lagi.

Di negara jiran, Indonesia mereka mempunyai ramai pelawak terkenal tetapi tidak semuanya berjaya dalam dunia komedi.

Jika anda pernah menonton rancangan ini talk show anda pasti mengenali seorang pelawak bernama Sule.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna dilahirkan pada 15 November 1976 di Cimahi, Jawa Barat, Indonesia. Beliau adalah seorang pengacara majlis, penyanyi, pelawak dan pelakon yang sangat terkenal di Indonesia.

Beliau sering digandingkan bersama Andre dan beliau sangat terkenal dengan lawak spontan nya yang sering membuat penonton tidak kering gusi.

Permulaan Karier

Sule mula dikenali setelah beliau memenangi Audisi Pelawak Indonesia (API) musim pertama. Beliau digandingkan bersama Oni Suwarman dan Obin Wahyudin dan membentuk kumpulan SOS pada tahun 2005.

Selepas dari itu beliau telah dipanggil oleh Trans tv untuk menjadi teraju utama dalam rancangan aneka ragam Opera Van Java bersama Andre Taulany, Parto Patrio, Nunung, Azis Gagap dan beberapa pelakon lain.

Nama nya mula meningkat naik dan dikenali di hampir seluruh pelusuk negara Indonesia.

Beliau juga telah berlakon dalam beberapa sinetron dan antara sinetron terawal beliau adalah Awas Ada Sule keluaran Global Tv.

Beliau kemudian nya mengikat kontrak bersama Net Tv dan menjadi teraju untuk rancangan Ini Talkshow.

Di dalam rancangan ini Sule membawa beberapa pelakon lain yang sudah biasa berkerja dengan beliau seperti Nunung, Andre dan Haji Bolot.

Kehidupan Peribadi

Sule terus menjadi perhatian dan di gilai di Indonesia, siapa sahaja tidak terhibur dengan lawak spontan beliau. Beliau ini boleh di katakan Yoo Jae Sook versi Indonesia.

Sule menjadi antara pelawak termahal di Indonesia dengan pendapatan mencecah Rp1 billion setiap bulan(Rm300000).

Jika dikenang semula beberapa tahun sebelom itu beliau hanyalah seorang ayah kepada 4 orang anak yang menjadi saudagar menjual jagung rebus dengan mengelilingi kampung.

Sule yang pernah dibimbing oleh pelawak senior Indonesia Kang Ibing sudah memiliki bakat melawak sejak di bangku sekolah lagi.

Beliau dikatakan antara pelawak yang membuat lawak dengan penuh keikhlasan kerana itulah lawak nya sering menghiburkan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat.

Berjaya Menjadi Jutawan Hasil Melawak

Sule menjadi jutawan dengan hartanya yang banyak dan mewah. Beliau sudah memiliki beberapa buah rumah dan rumah nya besar dan mewah seperti sebuah istana.

Beliau sendiri tidak menduga bahawa beliau mampu memiliki semua kekayaan ini sekarang kerana ketika baru mengahwini bekas isterinya Lina pada tahun 1997 beliau hanya menyewa sebuah rumah kecil.

Opera Van Java adalah rancangan yang memberi banyak penghasilan kepada Sule.

Dari rancangan ini lah beliau dikenali dan terus menerpa nama di dalam dunia lawak Indonesia.

Berambut panjang dan berwarna perang sesuai dengan imej beliau.

Beliau sering membuat lawak spontan dan beliau pantang mendengar muzik joget kerana beliau akan terus menari jika terdengar bunyi muzik joget.

Dan teletah nya itu lah yang sering membuat penonton tidak kering gusi.

Zaman Kegelapan Sule

Ketika berkahwin dengan Lina pada tahun 1997 Sule hanya mampu menyewa rumah kecil dan pendapatan lawaknya hanya sekitar Rp 20 ribu sehari.

Kerana pendapatan nya  yang begitu kecil Sule terpaksa membuat pelbagai kerja tambahan agar dapor rumah nya terus berasap.

Sule seorang yang sangat tabah dan berdedikasi beliau melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga nya. Berkat kesabaran beliau lihat lah hasil yang beliau tuai kini.

Hubungan perkahwinan beliau bersama isteri nya juga tidak panjang.

Diwaktu beliau mengecap kejayaan cemerlang dalam industri hiburan beliau kehilangan isterinya dan mereka berpisah pada tahun 2018.

Ini Talk Show Rumah Sule

Beliau menyertai Net tv bersama Andre dan menjadi teraju dalam Aneka ragam Ini Talk Show.

Di dalam rancangan ini Sule dan Andre menjadi hos utama dan mereka akan mengundang artis atau sesiapa sahaja tetamu istimewa ke rancangan itu.

Sepanjang menonton rancangan ini pastinya dipenuhi dengan gelak dan tawa melihat telatah Sule.

Gandingan yang beliau bawa bersama ke Net tv juga memang sudah serasi bersama beliau.

Antara tetamu undangan yang pernah sertai rancangan itu adalah Elizabeth Tan, Presiden Indonesia Pak Jokowi dan anak beliau sendiri Putri juga pernah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan ini.

Jika hendak di senaraikan terlalu ramai bintang terkenal yang pernah menjadi tetamu didalam talk show itu.

Sule dan Andre sering menjadi hos di dalam majlis Anugerah dan aksi mereka memang tidak putus membuat penonton ketawa.

Berkat kesabaran dan usaha keras Sule kini beliau adalah Pelakon Komedi Termahal di Indonesia.

Semoga Sule terus membuat orang ketawa dengan lawak spontan nya dan lawak Sule bukan hanya ditonton oleh orang di Indonesia malah negara serantau juga terhibur dengan lawak nya.

Gelak tawa adalah ubat terbaik untuk merawat duka dan lara. Jadi didoakan Sule terus berjaya dalam dunia lawak dan terus menghibur masyarakat dengan lawak spontan nya.

Baca yang lain