Sumber Terpercaya United Dedahkan Red Devils Sudah Hubungi Pochettino Gantikan Ole

Manchester United dilaporkan telah mendekati bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Ianya berikutan keputusan yang mengecewakan pada awal musim ini dan menelan tiga kekalahan dari enam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Ianya diburukkan lagi dengan kekalahan di tangan Istanbul Basaksehir dalam Liga Juara-Juara Eropah yang merupakan kekalahan kedua berturut turut Man United dalam tempoh kurang seminggu.

Dipetik daripada koresponden boleh percaya Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News, kekalahan kepada Istanbul Basksehir pada perlawanan ketiga Liga Juara-Juara Eropah masih bukan penentu nasib Ole Gunnar Solskjaer.

Namun kekalahan Man United dalam aksi seterusnya di tangan Everton dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini, bakal menentukan nasib Solskjaer.

Manchester United kini menduduki tempat ke-15 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris. Dengan hanya memungut tujuh mata, hanya empat mata dari zon penyingkiran.

United masih belum menang sebarang aksi di Old Trafford pada musim ini.

Ditanya tentang masa depannya yang dikatakan bagaikan telyur di hujung tanduk, Solskjaer berkata:

“Saya enggan mengulas mengenai perkara seperti ini. Sudah tentu, ia masih awal dan pendapat semua orang sentiasa berlegar.”

“Anda mesti kekal kuat. Saya telah diupah oleh kelab ini untuk melakukan pekerjaan saya dan saya melakukannya dengan sebaik mungkin bersama dengan kakitangan saya, “kata Solskjaer ketika menjawab isu tersebut.

Beberapa hari lalu, Pochettino menyatakan secara terbuka beliau sangat merindui bola sepak dan sudah sedia untuk kembali mengurus.

“Saya harap dapat segera kembali sehingga saya dapat mula bekerja semula.”

“Saya harap dapat kembali dalam permainan. Saya suka perlawanan bola sepak tetapi sukar, kami berada di dalamnya dan berusaha untuk melakukan sesuatu. Itulah kenyataannya, ” tegas bekas pengurus Spurs itu.

Pochettino pernah mengendalikan dua kelab Inggeris sebelum ini iaitu Southampton dan Tottenham Hotspur.

Pochettino dipecat oleh Tottenham pada 2019 dan digantikan oleh Jose Mourinho berikutan prestasi kurang meyakinkan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.