Super Charge Turbo Xiaomi Ini Penuhkan Bateri 4,000 mAh Dalam Masa 17 Minit

Xiaomi mendonia dengan teknologi super fast charging terbaru mereka yang boleh mengecas bateri dalam masa yang sangat pantas.

Sebelum ini Oppo 65W SuperVOOC 2.0 merupakan juara mengecas super fast ini dengan mengecas bateri 4,000 mAh dari 0-100% dalam masa setengah jam.

Xiaomi tampil dengan idea lebih padu dengan teknologi pengecasan super pantas 100 W yang hampir 2 kali ganda lebih laju daripada Oppo.

Xiaomi memanggil ia sebagai Super Charge Turbo 100 W. Sedap nama tu.

Dan ianya mampu mengecas bateri berkapasiti 4,000 mAh dari 0-100% dalam masa hanya 17 minit. Laju tak?

Pada hari ini selain daripada kapasiti bateri, teknologi pengecasan pantas juga antara perkara yang sangat dititikberatkan ramai pengguna telefon pintar.

Xiaomi kini boleh dikatakan antara mereka yang sedang berada di hadapan dengan Supercharge 100 W yang dijangka akan dapat anda miliki selepas ini.

Antara? Kenapa antara?

Ini kerana awal tahun ini Vivo sudah memperkenalkan Super Flash Fast dengan 120 W yang boleh memenuhkan bateri 4,000 mAh Daripada 0-100% dalam masa 13 minit.

Xiaomi mengumumkan teknologi super Charge turbo mereka dalam satu persidangan di China.

Jurucakap Xiaomi menegaskan pengecas padu ini akan disertakan dengan kepala pengecas yang bervoltage tinggi – dengan perlindungan keselamatan yang tinggi pada motherboard dan bateri.

Xiaomi turut menunjukkan demonstrasi pengecasan dengan super Charge turbo ini.

Telefon seperti Redmi Note 8, Redmi Note 7 series, Redmi K20 series, kesemuanya dicas di bawah 20 minit.

Namun begitu masih ramai yang cuba mengkaji kesan super charger turbo kepada hayat bateri pada masa yang panjang. Ini kerana bateri sekarang semua lekat kat dalam.

Namun seperti yang dinyatakan di atas, Xiaomi dah berikan jaminan super charge turbo 100W ni dilengkapi dengan aspek keselamatan yang tinggi.

Xiaomi masih belum mengumumkan telefon mana yang akan mereka sertakan dengan teknologi ini. Mungkin Mi 10? Atau mungkin telefon lain. Kau tunggulah.

Baca yang lain