Superman Build Up PC Gaming Sendiri, Dan Hasilnya Luar Biasa

Aktor Henry Cavill mungkin lebih dikenali dengan aksinya sebagai adiwira Superman atau sebagai Geralt of Rivia di serial The Witcher.

Tapi siapa sangka si Superman ini sebenarnya boleh membina PC Gaming dia sendiri.

Pada hari ini ramai yang membina PC Gaming sendiri dengan menggabungkan motherboard dengan kad grafik, power supply dan bermacam lagi benda untuk menjadi sebuah mesin gaming yang padu.

Ia bukan perkara yang semua orang boleh buat. Malah gamers profesional pun menyerahkan tugas itu kepada yang pakar dan ahli.

Cavill memang dikenali sebagai gamer yang memilih platform PC.

Di tengah pandemik yang melanda, Cavill memilih memanfaatkan waktu kosongnya untuk mewujudkan salah satu impiannya iaitu membina PC gaming.

Cavill dengan susuk yang sado itu berkongsi detik beliau set up sendiri pc itu di instagram.

Video berdurasi 5 minit tersebut lantas dengan cepat viral.

Cavill dengan berseloroh berkata: “Benda macam ni bukan untuk semua orang, kebijaksanaan penonton diperlukan.”

“Anda mungkin akan melihat banyak bahagian yang belum pernah anda lihat.”

Cavill tidak menjelaskan kesemua jenis komponen yang beliau gunakan.

Kerana beliau hanya bersantai dalam video itu dengan memasang beberapa komponen daripada Asus ROG dan CPU AMD Ryzen.

Ketika memasang cip Ryzen, Cavill sempat menunjukkan aksinya yang penuh kasih sayang kepada cip itu kerana ianya sangat sensitif.

Di tengah-tengah video, Cavill sempat memamparkan kesulitan beliau ketika nak setting jalur radiator untuk sistem liquid cooling yang dipakainya.

Paling kelakar, Cavill sempat kecewa melihat sebenenarnya dia melakukan kesalahan pemasangan waterblock untuk CPU yang terbalik.

Kecewa dia apabila dia ingat semua benda dan settle dah. Dia mengambil beberapa hari untuk kembali memperbaikinya.

Cavill memang seorang gamer tegar. Beliau banyak bermain World of Warcraft, Total War: Warhammer II.

Cavill sebelum ini pernah menyatakan bahawa, sebagai gamer dia memang berimpian nak memakai PC yang dibina atas hasil air tangannya sendiri.

Pada Disember lalu beliau menyatakan, walaupun berimpian nak build up PC Gaming sendiri namun dia tak cukup berani melakukannya.

Korang boleh saksikan aksi beliau di sini:

Pada akhir video Cavill akhirnya menunjukkan kejayaannya. Biasalah tu ada kesulitan sikit. Pakar build up PC yang kerja hari hari pun kekadang buat mistake kan.

Apapun syabas abang Superman.

Next giliran Batman pulak.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.