‘Surat’ Amaran Dari Sabah Kepada Kurniawan, Diberi Peluang 3 Perlawanan Lagi

Sabah mengeluarkan kenyataan rasmi memberi amaran keras kepada ketua jurulatih, Kuniawan Dwi Yulianto berikutan keputusan teruk dalam 4 perlawanan lepas.

Sabah merekod 3 kekalahan dan hanya meraih 1 mata selepas seri dalam perlawanan pembukaan bertemu Melaka Uited (1-1). Selepas itu Sabah kalah kepada Kedah (0-2), Petaling Jaya City (0-1) dan Pahang (1-2).

Pengurusan Sabah, Marzuki Nasir berkata, pihak pengurusan amat kecewa atas tiga kekalahan berturut-turut yang dialami pasukan dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Katanya, Sabah akan mengkaji semula prestasi pasukan dalam tiga perlawanan akan datang sekaligus memberi peluang kepada Kurniawan memperbaiki prestasi pasukan.

“Ini termasuk menilai semula dan mendapatkan input berkaitan prestasi pasukan di bawah bimbingannya selepas menerima lima pemain import yang sudah beraksi bagi memperkuatkan barisan Sabah.”

“Pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menilai semula prestasi kejurulatihan sebelum mengambil sebarang keputusan demi kebaikan serta kepentingan dalam Sabah.”

Skuad bimbingan Kurniawan akan bertemu Terengganu, Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia akan menjadi cabaran sukar kepada pengendali dari Indonesia itu menyelamatkan kariernya bersama Sabah.

Terengganu dan JDT sedang kuat mengungguli carta liga selepas 4 perlawanan sementara itu Kuala Lumpur City tidak kurang hebatnya dengan menduduki tangga ke-3 liga. Ini bermakna Sabah akan menentang pasukan pertama, kedua dan ketiga liga.

Walaupun Kuniawan sudah boleh menurunkan kesemua lima pemain importnya tetapi ketibaan mereka agak lewat. Sabah hanya mampu menurunkan seorang pemain import (Park Tae Soo) dalam beberapa 2 perlawanan awal.

Pada perlawanan ketiga Kuniawan menurunkan 4 pemain import dan seterusnya menurunkan kesemua 5 pemain pada pada perlawanan keempat. Kelewatan menggunakan kesemua pemain import berpunca dari masalah mereka lambat tiba ke Malaysia.

Pemain tersebut masih dalam proses kuarantin ketika jadual padat liga sedanga berlangsung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini Marzuki meminta agar semua pihak tidak terlalu panik serta memberi jaminan pihak pengurusan akan terus komited serta yakin Kurniawan dan anak buahnya akan berada dalam prestasi sebenarnya nanti.

“Semua pemain Sabah yang majoritinya anak tempatan akan dapat mengembalikan prestasi serta maruah pasukan Sabah ke tahap yang lebih baik untuk kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia.

“Anda perlu yakin dengan Sabah.”

Ini merupakan musim kedua Sabah berada di Liga Super selepas meraih promosi pada tahun 2018. Sebelum itu Sabah berada 8 musim di Liga Perdana. Musim pertama Sabah di Liga Super, pasukan ini menamatkan di kedudukan ke-10 dengan catatan 2 menang, 3 seri dan 6 kalah.

Sabah membawa masuk penyerang berprofil tinggi iaitu Sam Johnson bagi menggantikan Rodoljob Paunovic yang semakin berusia. Mereka juga membawa masuk Levy Madinda untuk menggantikan Petrus Shitembi yang berpindah ke Terengganu.

Adakah Kurniawan akan berjaya menyelamatkan kariernya selepas 3 perlawanan nanti.?

Baca yang lain