Pemilihan pemain untuk tugasan penalti pasukan Brazil dipersoal. Lebih lebih lagi pemain penyepak penalti utama mereka Neymar diletakkan sebagai pemain kelima dalam senarai.
Biasanya pemain terbaik akan didahulukan untuk mengambil sepakan tersebut. Jika mereka diletakkan di senarai terakhir maka ianya dianggap satu gamble. Lebih lebih lagi penjaga gol Croatia kini sedang dalam prestasi luar biasa.
Brazilian coach Tite sending Pedro and others ahead of Chelsea and Brazil Captain Thiago Silva and Neymar on crucial penalty kicks knowing that Dominik Livakovik is in the form of his life in this World Cup. #QatarWorldCup2022 #FIFAWorldCup2022 #CROBRA #Croatia #CroatiaVsBrazil pic.twitter.com/6l8SrQUPvl
— Sanjay | ಸಂಜಯ್ (@sanjaysb1) December 9, 2022
Ramai melabel Neymar sebagai gilakan glamor dan mahu menjadi wira kemenangan negaranya, atas tujuan peribadi.
Selain itu, pemain seperti Marquinhos tidak pernah mengambil sepakan penalti di dalam kariernya.
This is mad. This is on Tite and Neymar. Your best player should always take the penalty in high pressure situations. And at 4-2 down in the shootout, Marquinhos's penalty was a high pressure one which Neymar should've taken https://t.co/z70vuyO1ug
— Tauros (@sarsenastic) December 9, 2022
Marquinhos ada perlawanan untuk dilupakan. Dia menjadi antara sebab gol penyamaan Croatia selepas bola terbias padanya dan masuk.
Ketika penentuan penalti, kegagalan penaltinya membuatkan Brazil tersingkir terus. Tak sempat Neymar merasa.
Rodrygo mengambil penalti pertama untuk Brazil. Dia pernah melakukan penalti ketika berssama Real Madrid. Namun dalam kariernya itu hanyalah penalti keempatnya. Dan dia hanya menyaksikan penaltinya diselamatkan Livakovic.
Casemiro adalah yang seterusnya. Pemain tengah Manchester United itu juga mengambil penalti pertama kali dalam kariernya, tetapi dia tidak melakukan kesilapan.
Pedro juga berjaya menyempurnakan penaltinya. Rekodnya dalam penalti juga jauh daripada mengagumkan; daripada lapan penalti yang diambil sebelum penentuan sepakan itu, Pedro telah gagal dalam tiga penalti dan menjaringkan lima gol.
Marquinhos melangkah untuk mengambil penalti keempat dan hanya terkena tiang.
Croatia memastikan mereka mara ke separuh akhir. Untuk rekod mereka kali pertama mara ke separuh akhir pada 1998. Dan kini mereka sudah 3 kali beraksi di penta separuh akhir.
Pada 2018, mereka menempa sejarah teragung dalam penyertaan mereka di Piala Dunia dengan menjadi naib juara.
Tite kemudian mempertahankan Neymar sebagai pemain kelima dalam senarai penalti mereka.
Menurutnya senarai pengambil penalti dipilih olehnya, dan tiada kaitan dengan Neymar. Dia memilih Neymar kerana pemain itu paling bagus dan paling tenang mengendalikan tekanan sebagai pengambil sepakan penalti kelima.
Tite berkata: “Sepakan penalti kelima adalah penentu.”
Tite menyatakan tiada masalah dengan organisasi dan pengurusan permainan mereka dari segi penalti dan taktikal. Cuma masalah dari segi ketumpulan.
Tite menambah: “Ianya lebih banyak tekanan dan pemain terbaik harus mengambil sepakan tersebut [kelima]. Satu satunya masalah organisasi dalam pasukan kami adalah kita tidak menjaringkan gol lebih dari satu gol dalam perlawanan ini.”
Sementara itu pengurus Croatia memiliki gaya pengurusan berbeza dengan Tite. Dia sentiasa meletakkan pemain terbaik untuk tugasan penalti sebagai pengambil sepakan awal.
Dalic malah kehairanan kenapa Neymar tidak menjadi penyepak pertama. Jika Neymar berada di dalam pasukannya, Dalic memberikan jaminan bahawa Neymar akan menjadi pemain pertama mengambil tugasan penalti.
Dalic berkata: “Jika saya di tempat Tite, saya akan menggunakan Neymar.”
“Apabila tiba kepada penentuan penalti, saya tahu Brazil pernah kalah. Saya tahu kami akan menjadi pasukan pilihan. Kami sentiasa menang apabila tiba ke penentuan penalti.”
Tite has come clean on why Neymar did not step up in his nation's defeat
✍️ @MullockSMirrorhttps://t.co/eG8uUYjtLW
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 9, 2022
Selepas penyingkiran Brazil, Tite rasminya meletakkan jawatannya sebagai pengurus.
Neymar yang sebelum ini menyatakan bahawa ini Piala Dunia terakhirnya telah membuat u turn dengan menyatakan dia akan mempertimbangkan untuk beraksi di dalam Piala Dunia 2026.