Syafiq Ahmad Minta Maaf Selepas Kena ‘Sound’ Dengan TMJ

Isu bola sepak Malaysia hari ini dikejutkan dengan kenyataan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ataupun TMJ.

Di mana TMJ telah mebidas Syafiq Ahmad yang seolah olah menurut baginda mempertikaikan kenapa dia tidak bermain.

Selain itu, TMJ juga memberitahu bahawa Syafiq Ahmad sudah tidak seperti dahulu lagi dan kelab sedang membantunya dari segenap aspek untuk kembali ke prestasi terbaik.

TMJ dalam kenyataannya di Instagram rasminya dan dikongsi semula oleh laman rasmi JST berkata: “Ini kelab bola sepak. Bukan kelab kebajikan sosial. Siapa yang berlatih dengan bagus dan bekerja keras, dia akan bermain. Siapa yang tidak, dia tak akan bermain. Tak suka? Pintu adalah terbuka. Ini bukan penjara. ‘Simple’.”

“Para penyokong JDT yang tidak tahu cerita begitu cepat terikut dengan sentimen penyokong lain. Bayangan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak dilihat dan hargai. Mereka nak ajar saya menguruskan kelab ini. Laman-laman page bola yang kononnya pakar juga sama.”

“‘Loan’ player? Nak ‘loan’ ke mana jikalau jendela perpindahan sudah ditutup. Jikalau minit permainan begitu mustahak, pergi sertai PJ City dimana anda akan dapat bermain setiap perlawanan.
Dalam JDT, siapa yang bekerja keras dalam sesi latihan dan beri persembahan terbaik akan diturunkan.”

“Siapa yang nak cabaran dalam karier dan memenangi kejuaraan, ayuh datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, pergi sertai kelab lain. Tidak ada orang yang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain sendiri.”

“Anda sudah sedia maklum mengenai syarat-syarat dan polisi kelab ketika menandatangani JDT. Anda kerap bermain tahun lepas dan tahun sebelum itu tetapi selepas peristiwa pahit, anda sudah berbeza. Kami beri masa, sokongan dan perhatian.”

Selain itu TMJ turut kecewa dan terkilan dengan cara Syafiq Ahmad meluahkan ketidakpuasan hatinya menerusi Twitter sedangkan dia boleh bercakap sendiri secara bersemuka.

“Jikalau tidak berpuas hati atau setuju, datang berjumpa. Berkomunikasi, bukan tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka. Akhir kata, “Seronok tengok kawan-kawan main.” Main apa? Main bola.”

“Nak main bola semua tempat boleh bermain bola tetapi kalau nak main bola dan bunga api, datang ke JDT. ”

Tidak lama selepas kenyataan itu dikongsikan oleh JST, Syafiq Ahmad dengan rendah hati meminta maaf di atas kenyataannya yang menurutnya dipengaruhi emosi.

Syafiq menerusi Twitternya berkata: “Saya dengan rendah diri memohon maaf atas Tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutam sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang.”

Syafiq Ahmad merupakan pemain kebangsaan Malaysia yang boleh bermain hampir di kesemua posisi di barisan serangan.

Beliau merupakan pemain yang menyertai JDT dari Kedah beberapa musim lalu. Di JDT beliau bersaing dengan nama nama lain untuk merebut posisinya.

Dengan kualiti skuad yang mereka miliki, ianya memang bukan mudah untuk mana mana pemain menjadi auto starter.

Diharap segalanya kembali jernih.