Syahmi Dedah Alasan Dia Dan Rakan Rakan Tolak Tawaran Kelab Eropah

Pemain skuad kebangsaan, Syahmi Safari menjelaskan beliau pernah menerima tawaran daripada kelab luar negara termasuk dari Eropah.

Namun beliau ada alasan tersendiri untuk menolaknya. Syahmi yang merupakan pemain pertahanan Selangor dan Harimau Malaya menyatakan beliau tak pergi sebab tak nak duduk di bangku simpanan.

Syahmi Safari berkata: “Sejujurnya memang benar saya pernah dirisik dua atau tiga kelab luar, tapi tak pergi sebab kalau setakat duduk bangku simpanan baik kekal dalam Liga Malaysia.”

Beliau menegaskan, beliau mahu kepuasan bermain bola sepak di Liga Malaysia. Membuatkan beliau menolak untuk pergi ke luar negara.\

“Memang ada dua tiga kelab luar sejak dua tahun lalu bertanya dan paling baharu tahun lalu di mana kelab dari Sweden ada menghubungi.”

“Tapi bukan rezeki saya sebab kita tak tahu benchmark (penanda aras) pemain dari Malaysia dipandang macam mana oleh mereka. Maksud saya, kalau kita terima dan kemudian mereka juga akan bawa pemain dari Afrika atau Eropah yang lain, jadi apa kedudukan kita dalam pasukan itu.”

“Sebab kita pernah ada lagi pemain dari Malaysia main di Eropah. Jadi pandangan mereka pada kita biasa-biasa saja berbanding jika ada pemain dari Eropah yang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau juga menegaskan, alasan yang sama digunakan oleh beberapa rakannya yang lain termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Irfan Zakaria yang menolak tawaran berkenaan.

Beliau menolak dakwaan yang menyatakan pemain Malaysia tak nak ke luar negara sebab gaji lebih kecil. Serta takut kepada cabaran untuk bersaing merebut tempat dalam pasukan utama.

Syahmi menegaskan, beliau dan rakan rakan mendapati orang di luar negara sudah ada benchmark ke atas bakat dari Malaysia.

“Ramai orang fikir kami tak nak pergi sebab gaji kecil, tapi sebenarnya bukan. Mungkin ada beza sikit gaji yang ditawarkan, tetapi tak adalah sampai kecik sangat.”

Beliau bagaimanapun yakin Luqman Hakim akan berjaya di kelab barunya nanti.

“Saya dan kawan-kawan lebih fikirkan pasal benchmark yang saya katakan tadi. Kalau Luqman dapat tunjukkan sesuatu, saya percaya lepas ini orang Eropah akan pandang kita tinggi macam pemain dari Jepun atau Korea Selatan.”

“Terus terang siapa tak nak main di luar negara, saya memang nak jika ada peluang. Pengalaman dapat main di sana adalah impian saya dan juga mana-mana pemain sekalipun,” kata pemain pertahanan Selangor itu.

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan