Syahmi Safari Nafi Cakap Tak Nak Duduk Bench

Syahmi Safari tampil menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak mahu duduk di bench.

Dalam laporan HM baru baru ini, menyatakan Syahmi tak mahu ke luar negara kerana tidak mahu duduk di bangku simpanan.

Menurut laporan tersebut, Syahmi berkata: “Sejujurnya memang benar saya pernah dirisik dua atau tiga kelab luar, tapi tak pergi sebab kalau setakat duduk bangku simpanan baik kekal dalam Liga Malaysia.”

 

“Memang ada dua tiga kelab luar sejak dua tahun lalu bertanya dan paling baharu tahun lalu di mana kelab dari Sweden ada menghubungi.”

“Tapi bukan rezeki saya sebab kita tak tahu benchmark (penanda aras) pemain dari Malaysia dipandang macam mana oleh mereka. Maksud saya, kalau kita terima dan kemudian mereka juga akan bawa pemain dari Afrika atau Eropah yang lain, jadi apa kedudukan kita dalam pasukan itu.”

“Sebab kita pernah ada lagi pemain dari Malaysia main di Eropah. Jadi pandangan mereka pada kita biasa-biasa saja berbanding jika ada pemain dari Eropah yang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau juga menegaskan, alasan yang serupa juga oleh rakannya yang lain termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Irfan Zakaria yang menolak tawaran dari luar negara.

Beliau menolak dakwaan yang menyatakan pemain Malaysia tak nak ke luar negara sebab gaji lebih kecil. Serta takut kepada cabaran untuk bersaing merebut tempat dalam pasukan utama.

Syahmi menegaskan, beliau dan rakan rakan mendapati orang di luar negara sudah ada benchmark ke atas bakat dari Malaysia.

“Ramai orang fikir kami tak nak pergi sebab gaji kecil, tapi sebenarnya bukan. Mungkin ada beza sikit gaji yang ditawarkan, tetapi tak adalah sampai kecik sangat.”

Beliau bagaimanapun yakin Luqman Hakim akan berjaya di kelab barunya nanti.

“Saya dan kawan-kawan lebih fikirkan pasal benchmark yang saya katakan tadi. Kalau Luqman dapat tunjukkan sesuatu, saya percaya lepas ini orang Eropah akan pandang kita tinggi macam pemain dari Jepun atau Korea Selatan.”

“Terus terang siapa tak nak main di luar negara, saya memang nak jika ada peluang. Pengalaman dapat main di sana adalah impian saya dan juga mana-mana pemain sekalipun.”

Syahmi nafikan

Namun begitu, Syahmi tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara itu. Beliau dalam satu kapsyen di media sosial menyatakan: “Hye HMetromy, macam ni ke cara nak lariskan berita. Dengan tajuk yang aku sendiri tak pernah cakap.”

Perkara itu disokong isterinya yang menyatakan memang dia ada mendengar media menghubungi Syahmi namun, suaminya tak ada cakap seperti yang dilaporkan.

Syahmi Safari kini bermain untuk pasukan Selangor sebagai pemain utama. Beliau juga pemain yang berada dalam landasan yang tepat pada ketika ini dalam usahanya menjadi salah seorang pemain yang kompetitif di dalam generasinya.

Baca yang lain