Syarikat Judi Tamatkan Kontrak Caulker Kerana Dia Pernah Kongsi Pengalaman Jadi Tahi Judi

Impian Steven Caulker bekerja sebagai pundit di tv telah musnah. Dia memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang analisis bola sepak dan memiliki ramai pengikut tersendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, Caulker merupakan bekas pemain bola sepak profesional. Pernah bermain untuk Spurs dan Liverpool, antaranya.

Terbaru, syarikat judi yang melantiknya menjadi pundit, telah memecatnya. Alasannya kerana Caulker sebelum ini pernah berkongsi kepada umum tentang masalah ketagihan judi dan alkohol yang membawa kepada masalah kesihatan mental.

Caulker menegaskan dia sudah menghantar resume kepada syarikat itu. Dan segalanya benar benar meyakinkan mereka untuk menerima Caulker.

Namun penaja utama rancangan itu telah menghalang syarikat itu daripada menerima Caulker walaupun dia sudah diberitahu lulus.

Tetapi syarikat itu dimaklumkan tentang tindakan Caulker beberapa tahun sebelum ini yang berkongsi padah yang dia terima akibat ketagih judi.

Perkongsian Caulker itu mendapat reaksi positif daripada ramai pihak terutamanya ibu bapa yang tidak mahu anak anak mereka membesar dengan menjadi tahik judi.

Akhirnya kelayakan Caulker telah dinafikan hanya kerana dia berkongsi tentang pengalaman hidupnya.”

“Saya akhirnya berjaya mendapat kerja di tv, sekurang kurangnya saya ingat saya dah dapat.”

“Kamu tahu tak, apa yang berlaku pada hari ini ketika saya kembali.”

“Bet365 (penaja utama) telah menolak resume saya kerana mereka risau tentang beberapa kerja kerja positif yang saya lakukan dalam isu masalah perjudian.”

“Orang ramai selalu cakap dengan saya, bagusnya sekarang pemain boleh terbuka berkongsi tentang kesulitan mereka. Ye ke? Saya tak menggalakkannya.”

Tindakan syarikat itu mengundang kecaman netizen. Mereka menyatakan bahawa, Caulker datang untuk menjadi pundit bola sepak, dan dia ternyata layak. Namun ternyata syarikat itu tidak boleh menerima bahawa ketagihan judi banyak mudaratnya.