Barcelona sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mahu menjual hak nama stadium kepada mereka yang berminat.
Usaha ini adalah untuk mendapatkan wang bagi tujuan kebajikan.
Le #Barca serait sur le point de vendre le naming du Nou Camp à hauteur de 300.000.000€ pour financer la transformation de son stade et le faire passer en 2022 de 99.354 à 105.000 places https://t.co/78z5isCJ7E Tout fout le camp… Ou pas!
— Me Thierry Granturco (@Me_Granturco) July 31, 2018
Ini merupakan julung kalinya nama stadium Nou Camp dibuka untuk dijual kepada tempahan umum sejak ianya didirikan pada 1957.
Barcelona menjangkakan mereka akan dapat sekurang-kurangnya €300 juta daripada perjanjian untuk semusim pada musim 2020/21 untuk stadium yang berkapasiti lebih 90,000 itu.
Ini kerana menurut mereka Stadium ini antara stadium paling hebat di dunia dan adanya bintang seperti Lionel Messi yang bermain di situ.
Hasil daripada wang itu akan disalurkan kepada kebajikan bagi membantu barisan hadapan ketika krisis kesihatan. Barcelona menafikan penjualan ini adalah kerana panik dengan beban hutang kelab ketika ini.
Tyson nak jadikan Nou Camp stadium ‘tenang’
BeIN Sports dan BBC melaporkan bahawa syarikat yang berasaskan produk kanab*s (Tak boleh eja penuh) milik Mike Tyson berminat untuk membida hak nama tersebut.
Rakan niaga Mike Tyson menyuarakan keyakinan mereka bahawa mereka akan dapat memeterai perjanjian tersebut. Sekaligus menyaksikan nama syarikat mereka terpampang di Nou Camp.
Seperti yang dijangka banyak syarikat sudah mendapatkan maklumat terperinci untuk membida kontrak mega tersebut.
Namun Mike Tyson berharap syarikat beliau akan memenangi persaingan itu walaupun bersaing dengan beberapa syarikat besar dunia yang lain.
Rakan niaga Tyson, Alki David memberitahu BBC: “Ianya stadium yang sangat hebat. Ia adalah satu projek yang kami mahu sertai dan ianya nampak satu idea yang sangat luar biasa.”
“Syarikat kami adalah syarikat berasaskan produk kan*bis di Sepanyol. Dan kami memiliki sejarah sebagai pemimpin kepada usaha untuk membenarkan penggunaan ga*ja secara dah di beberapa negara yang masih berpegang kepada tradisi lama.”
BBC bertanya sama ada perjanjian dengan syarikat Mat Isa ini akan mencemarkan imej Barcelona yang dikenali sebagai kelab yang banyak memperjuangkan isu kemasyarakatan.
Lalu Alki berkata: “Ianya kita kena lihat. Dunia ini adalah untuk melahirkan idea.
David Alki juga mengesahkan beliau menjadi orang hadapan syarikat mereka, dan kini sedang berbincang dengan Barcelona untuk perkara itu.
“Ini adalah peluang yang saya sangat teruja untuk terlibat. Ini adalah detik bersejarah dalam sukan dan ianya sangat sesuai dengan perancangan kami selama ini.”
“Kami sudah membuka perbincangan pada awal minggu. Dan Kami sangat yakin akan dapat memeterai perjanjian ini.”
“Manchester City mendapat £18 juta daripada hak nama stadium secara tahunan. Spurs link mencari perjanjian bernilai £25 juta.”
“Namun Barcelona adalah level yang lain. Nou Camp adalah satu perjanjian untuk kebajikan. Ianya sangat penuh dengan tenaga ada pada Barcelona.”
“Syarikat kesihatan kami sedang berkolaborasi dengan pakar virus terkemuka iaitu Dr Dorothy Bray.”
Dalam perkembangan yang berkaitan, Gergasi penyiaran Sepanyol, Mediapro antara yang turut berminat dengan perjanjian tersebut.
Spanish broadcaster Mediapro had a €300 million bid for the naming rights to Barcelona’s Nou Camp stadium rejected, the company's founder has claimed #FCBarcelona #SportsBiz https://t.co/lQL4OHnRXP
— SportsPro (@SportsPro) October 26, 2018
Namun bidaan itu ditolak oleh Barcelon. Perkara itu sudah disahkan sendiri oleh bos mereka.