Syarikat BlueCo 22 yang merupakan syarikat yang digunakan oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital untuk membeli Chelsea dan Strasbourg mencatatkan kerugian lebih setengah juta pound sterling pada 2023.
BlueCo 22 mencatatkan kerugian £653 juta untuk tahun kewangan dari Mac 2022 sehingga Jun 2023.
Todd Boehly juga mengumumkan bahawa Chelsea menanggung kerugian sekitar £90.1 juta pada tempoh yang sama. Itu adalah pencapaian Chelsea pada tahun pertama pemilikan Todd Boehly di kelab London itu.
Matt Law melaporkan bahawa angka keruguan BlueCo 22 adalah kerugian bersih selepas cukai. Sementara Chelsea masih lagi kerugian kasar sebelum cukai.
Angka tersebut masih terkawal kerana had kerugian dalam EPL adalah £150 juta untuk 2 tahun kewangan terakhir.
Namun Chelsea masih berusaha untuk mengurangkan kerugian itu kerana kos operasi pasukan pasti akan lebih meningkat.
BlueCo 22, the company which Clearlake Capital and Todd Boehly bought Chelsea and Strasbourg with, has announced a loss of £653m for the period of March 2 2022 through to June 30 2023. They have also announced Chelsea made a loss of £90.1m for the period up to June 30 2023 #cfc
— Matt Law (@Matt_Law_DT) March 7, 2024
Ini ditambah dengan prestasi tidak menentu Chelsea musim ini membuatkan mereka berpotensi kehilangan slot dalam mana mana pertandingan eropah musim hadapan.
Pengurusan kewangan yang bijak oleh Chelsea telah membantu mereka mengelak FFP. Ini kerana rata rata pemain mahal yang mereka beli berdasarkan pakej ansuran yang sangat lama.
Mudryk misalnya, dia dibeli dengan ansuran lebih 8 tahun. Dan Chelsea membayar kira kira £11 juta sahaja setahun untuk masuk dalam laporan kewangan kelab.
Begitu juga dengan Enzo Fernandez dan pemain pemain yang lain. Oleh sebab itu, walaupun Boehly sudah seganas mungkin mengeluarkan perbelanjaan lebih £1bn untuk membeli pemain sejak tiba, Chelsea masih pada paras hutang terkawal.
Namun mereka masih mengamalkan langkah penjimatan. Ini termasuk tidak membeli pemain mahal pada jendela perpindahan pertengahan musim.
Chelsea juga cuba sedaya upaya mengelak memecat Mauricio Pochettino kerana pampasan pengurus itu sangat tinggi.