Syarikat TV Ini Dedahkan Skandal Baucar Makanan Kepada Pengadil Di Benfica

Sebuah rancangan tv baru baru ini memaparkan bagaimana ahli politik di Portugal memainkan peranan mereka dalam kelab bola sepak.

Ahli politik ini telah memberikan banyak jenis hadiah kepada pengadil termasuk baucar kupon makan. Salah satu daripada kelab yang terlibat adalah Benfica.

Jornal da Noite mendedahkan bahawa baru baru ini pengadil perlawanan serta pegawai pegawai perlawanan yang lain telah menerima baucar makan ini.

Mereka menerima sekurang-kurangnya €35 seorang ketika masuk ke bilik persalinan. Ianya kirang kira RM165. Walaupun jumlahnya nampak kecil, ia tetap melanggar etika dan nilai intergriti yang boleh dipersoalkan.

Mereka mempersoalkan kenapa tidak dijamu sahaja para pengadil ini di bilik ataupun ruang khas?

Peminat Benfica bengang

Namun sebenarnya bukannya masalah pun sebenarnya nak menjamu pengadil dengan hidangan tanda menyantuni tetamu.

Tetapi UEFA sudah ada garis panduan mereka sendiri.

Bagi mereka yang nak makan di luar stadium, mereka boleh menerima baucar bernilai €600 setiap seorang, ataupun sekitar RM2,810.00.

Pengadil yang mengadili perlawanan Benfica ditawarkan makanan yang enak di restaurant Terreiro do Paço, terletak Lisbon.

Jumlah itu telah melebihi had yang dibenarkan oleh UEFA. Di mana UEFA hanya membenarkan baucar makanan daripada pegawai pasukan tuan rumah sekitar €200 – €300 sahaja.

Namun ada juga yang menyatakan €600 itu dibahagikan kepada 4 orang oleh pengadil.

Jornal da Noite telah mengaitkan skandal itu dengan beberapa ahli politik.

Namun ramai penyokong Benfica sangat marah dengan laporan tersebut yang menurut mereka melebih lebih.

Baucar itu sudah lama diberikan Benfica kepada para pengadil, tidak kira pengadil pertandingan domestik ataupun Liga Juara Juara Eropah.

Malah ada penyokong Benfica sendiri tidak tahu akan jamuan itu diberikan kepada pengadil. Ada antara mereka memberikan terima kasih kepada kelab kerana menjamu tetamu mereka sebaiknya.

Sepatutnya tiada isu pun, menurut mereka lagi. Cuma ada pihak berprasangka menyatakan tindakan terlalu baik ini akan mempengaruhi keputusan pengadil di atas padang.

Benfica merasakan itu adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan tetamu mereka menikmati makanan yang enak di restaurant terkemukan di bandar mereka.

Malah restaurant tersebut turut menawarkan pakej makanan popular di Portugal.

Takkan nak suruh pengadil makan dengan dewan makan pasukan? Kata mereka.

Ada peminat yang berharap agar wartawan tersebut dipecat daripada stesen tv kerana tidak menyelidik terlebih dahulu laporan mereka.

Baca yang lain