Syazwani Dan Legenda Madrid Sedia Keluar Persaraan Dan Twarkan Diri Sertai Barcelona

Menurut laporan Mundo Deportivo, bekas penjaga gol Juventus dan Arsenal, Wojciech Szczesny atau Syazwani memawarkan dirinya ke Barcelona.

Ejen pemain itu sudah menghubungi Barcelona di mana mereka menyatakan bahawa Wani sedia untuk keluar dari persaraan dan menjadi penjaga gol kecemasan Barcelona.

Minggu lalu, penjaga gol asal Jerman, Marc Andre Ter Stegen disahkan mengalami kecederaan ACL. Yang memungkinkan dia berehat sehingga tamat musim ini.

Sepanyol ada peraturan yang mirip dengan England. Di mana apabila berlaku kecederaan penjaga gol, maka sesebuah pasukan boleh mendapatkan penjaga gol baharu. Pastinya penjaga gol dari kalangan mereka yang ejen bebas untuk didaftarkan di luar waktu jendela perpindahan.

Wojciech Szczesny sebelum ini sudah mengumumkan persaraannya. Dia sebelum ini menolak tawaran daripada Arab Saudi. Kerana mahu bersama lebih dekat dengan keluarganya.

Hal ini kerana keluarganya mahukan kehidupan lebih bebas, dan tidak mahu terikat dengan peraturan di Arab Saudi. Ramai pemain dari eropah atau Amerika Selatan memilih tinggal di Qatar ketika mereka bermain Arab Saudi. Qatar dianggap negara yang lebih terbuka menerima budaya orang Eropah berbanding Arab Saudi. Biasalah, orang putih ni suka minum dan clubbing kan.

Dia kini sedia menerima tawaran daripada Barcelona. Penjaga gol berusia 34 tahun itu sudah pun menyatakan kesediannya dan dianggap salah seorang calon yang dipertimbangkan oleh Barcelona.

Satu lagi nama yang mengejutkan ramai ialah Keylor Navas. Legenda Real Madrid yang membantu Real Madrid memenangi beberapa UCL itu sedia untuk keluar persaraan dan menyarung jersi Barcelona.

Ini akan merisikokan legasinya di mata peminat Madrid. Namun sebelum ini Keylor Navas pernah menyatakan bahawa dia merasakan ada segelintir peminat Real Madrid kurang menghargainya ketika dia di sana.

Laporta sangat rapat dengan ejen Keylor Navas iaitu Jorge Mendes. Dan pada masa yang sama Navas memiliki pengalaman sangat luas di La Liga.

Selain dua nama di atas seorang lagi bekas penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo sudah secara terbuka menyatakan dia sedia keluar persaraan untuk membantu Barcelona.

Pemain yang memiliki gaya permainan ball playing yang hebat. Dia pernah dibeli oleh Pep Guardiola ketika pengurus itu menyertai Man City. Namun kemudian digantikan dengan Ederson setelah melakukan beberapa siri kesilapan maut.

Rata rata peminat Barca lebih sukakan Wani. Di mana dia sebelum ini akui dia sangat berharap akan dapat menyaksikan El Clasico setelah dia bersara.

Dan kini peminat berkata: “Oops sayangnya kamu kena main di gawang lepas ni, bukan duduk di tempat penyokong.”