Syed Saddiq: Salah Satu Sebab Saya Masuk Politik Kerana Tan Sri

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Dalam pada masa yang sama beliau mendedahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin antara sebab beliau terjun ke dunia politik.

Syed Saddiq berkata:

“Gambar ini diambil pada tahun 2015.

Salah satu sebab saya masuk Politik adalah kerana Tan Sri.

Saya tidak sanggup melihat seorang pejuang kebenaran dihina, dimaki & dibuang oleh UMNO kerana prinsip & pendiriannya.

Sebagai anak muda, saya bangga ada seorang pemimpin seperti Tan Sri.

Saya tidak mahu dia berdiri berseorangan. Dalam Politik, dia seperti seorang ayah kepada saya.

Saya dibuang kerja, keluarga saya diugut & pendidikan saya tergendala kerana bersama Tan Sri. Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul.

Menang atau kalah bukan matlamat utama. Prinsip perjuangan yang membakar semangat saya.

Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk Politik untuk bersihkan Politik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan Pemimpin Politik yang saya lawan dahulu kerana rasuah & salah guna kuasa.

Mereka yang terpalit dengan ratusan kes rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara.

Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah tetapi saya tidak sanggup.

Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan.

Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha & berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan politik.

May Allah bless us all.”

Baca yang lain