Astro merupakan gergasi penyiaran di Asia. Mereka pemilik hak eksklusif untuk tayangan Liga Perdana Inggeris di rantau Asia.
Selain itu mereka juga memiliki hak menyiar liga liga lain termasuk La Liga, Serie A (tetiba ada selepas Ronaldo pergi Juve), Eredivisie, Liga Perancis dan banyak lagi acara sukan lain.
Di UK, ramai peminat bola sepak kecewa dengan tindakan BT Sports dan juga Sky Sports yang enggan memulangkan semula wang kepada pelanggang (refund) selepas liga Inggeris ditunda seketika.
BT Sports dan Sky Sports tak peduli dengan semua kemarahan itu.
Setiap pelanggan membayar £29.99 sebulan untuk pakej sukan ataupun sekitar RM160.00.
Dan kini mereka menyuruh peminat untuk kekal dengan kontrak pembayaran sedia ada.
Lebih perit mereka menjanjikan sesuatu yang kurang menarik dan boleh membuatkan kerusi terbang iaitu, mereka berjanji akan menawakan gusti dan dokumentari lama – lama buat tatapan peminat.
Sky Sports kini tida tayangan EPL, manakala BBC pula tidak menayangkan Piala FA.
Wakil BT Sport berkata: “Kami memohon maaf kepada pelanggan tentang pertukaran jadual rancangan di BT Sport pada bulan ini kerana wabak COVID-19.”
Sky Sports and BT Sport have no plans to reimburse paying customers despite most of their live content being suspended due to coronavirus https://t.co/TMwuYr78Xq
— MailOnline Sport (@MailSport) March 15, 2020
“Situasi sekarang terlalu pantas dan kami akan kembali meyiarkan siaran sukan apabila ia bersambung bulan hadapan.”
“Kami di BT Sports ni ada banyak rancangan lain termasuk filem dan dokumentari. Dan kami akan memaklumkan kemaskini rancangan kami apabila kami mendapat tahu situasi lebih jelas selepas ini.”
CEO kepada BT Sports, Philip Jansen telah disahkan positif koronavirus dan menjalani pengasingan sendiri.
Sky Sports turut kesal dengan apa yang berlaku. Namun mereka tak sesekali kesal dengan harga yang ditetapkan.
Akibat daripada tindakan yang tidak ada belas kasihan oleh penyiar di UK. Maka wakil kami (aku je la wakil kat portal ni) telah menghubungi Ayra ataupu Alya. Biasanya dua orang ni yang akan menjawab benda benda mesej di Astro ni.
Sekali Syed yang tampil menjawab bagi pihak Astro. Syed seorang staf yang sangat cepat mejawab customer. Tak pasti kepada Ayra dan Alya pergi. Harap mereka berdua tak dipecat.
“Selamat Pagi Astro.”
“Since COVID-19 membuatkan banyak acara sukan digantung dan tiada live bola seperti EPL, bagi pelanggan pakej sukan, tak ada penurunan harga ke?”
Syed dengan pantas menjawab dalam sekali nafas:
“Hai. Maaf ya kerana tiada aktiviti penurunan harga akan dilakukan untuk pembatalan jadual tersebut. ^Syed”
Begitulah keyakinan seorang anak muda bernama Syed memberitahu dunia tentang polisi Astro tentang bayaran pakej sukan.
Ternyata Astro juga berlevel BT Sports dan Sky Sports di peringkat antarabangsa.
Jadi, kepada korang yang melanggan pakej sukan tu, tengoklah program ulangan yang ada. Sesekali tu tengok tengok la CJ Wowshop.