Syifa Melvin Nafi Kikis & Paksa Safawi Kahwin

Penyerang sayap, Johor Darul Ta’zim (JDT) – Safawi Rasid – akhirnya tampil meminta maaf selepas ditegur oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) berikutan krisis prestasinya yang dikaitkan ada kaitan dengan kekasihnya Syifa Melvin.

Prestasi Safawi Rasid dalam beberapa perlawanan awal musim ini membuatkan TMJ risau dan mendapati ada sesuatu yang tak kena.

Safawi kemudian menyatakan fokusnya hilang kerana perhubungan cintanya kini sedang dikawal teman wanitanya dan memaksa dia untuk berkahwing dengannya.

Seterusnya, teman wanita Safawi Rasid iaitu Syifa Melvin semalam telah membuat penjelasan menerusi Instagramnya tentang isu yang mengaitkan beliau sebagai punca kejatuhan prestasi Safawi Rasid.

Syifa berkata: “Saya tak buk mulut langsung sejak benda ni tular. Tak taulah macamana press ni dapat cerita.”

“Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.”

“Saya telah bekerjar keras cari duit sendiri tidur tak ckup apatah lagi rehat tak cukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri.”

“Tak pernah sekali pun mintak duit “Dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.”

“Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.”

“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.”

https://www.instagram.com/p/B9TVMn7nN1b/?utm_source=ig_embed

“Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.”

“Terima Kasih kepada yang komen maki, hina atau puji. Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah SWT.”

Baca yang lain