Syifa Melvin: Saya Tak Pernah Paksa Pawi Kahwin

Syifa Melvin telah dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan Safawi Rasid. Perkara itu telah diluahkan oleh TMJ sendiri.

TMJ merujuk Syifa dengan nama SM di dalam statusnya. TMJ mendapat tahu punca Safawi merosot aksinya kerana sudah tidak fokus lagi di atas padang.

Safawi merupakan pemain yang cemerlang musim lalu bersama JDT. Dan membantu pasukan itu menang Liga Super serta Piala Malaysia.

Walaupun berhadapan dengan persaingan sengit di JDT, namun Safawi memahatkan namanya sebagai pemain kesebelasan utama.

Pada musim ini, Safawi sudah bermain dalam beberapa aksi kompetitif. Dan TMJ kecewa dengan aksi pemain tersebut.

TMJ berkata menerusi akaun sosial beliau: “Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin takut terlepas. Boyfriend kaya, popular. Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu.”

“Patut makin hancur performance budak ni. Kepala dan tak ada dalam padang.”

“Well, no one is bigger than the club.”

Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena pressure setiap hari dipaksa kahwin.. All The Best.”

“Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”

TMJ kemudian menasihatkan Syifa Melvin agar tidak menjadikan teman lelaki sebagai sumber pendapatan. Kerana ia adalah satu perhubungan.

Kenyataan itu terus dijawab oleh Syifa Melvin yang dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi merudum Safawi Rasid. Syifa menganggap ia tuduhan tak berasas.

Syifa menyatakan dia tidak pernah pun paksa paksa Safawi kahwin dengan dia ataupun meminta walaupun sesen duit Safawi Rasid.

Syifa menegaskan: “Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” jelas Syifa menerusi Instagramnya.

Namun entri tersebut sudah dipadamkan.

Diharap segalanya selesai dengan baik baik sahaja untuk semua pihak. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Pastinya peminat bola sepak Malaysia juga berharap Pawi akan kembali mengganas di atas padang. Kerana beliau merupakan aset penting kepada skuad Harimau Malaya.

Begitu juga dengan peminat JDT yang mahukan Safawi terus maju bersama pasukan mereka menghadapi satu lagi kempen dengan adanya Liga Juara Juara AFC musim ini.

Safawi merupakan pemain yang membangunkan kariernya dengan baik sekali di peringkat liga domestik bermula dengan T-team.

Nama beliau menjadi perhatian banyak pasukan besar di Malaysia. Dan Safawi akhirnya memutuskan untuk menyertai JDT dengan yuran perpindahan yang agak tinggi untuk seorang pemain tempatan.

Sejak itu, kariernya terus meningkat naik. Termasuk di peringkat belia kebangsaan dan juga peringkat senior kebangsaan.

Kelincahan dan semangat juang di atas padang yang ada pada beliau membuatkan Safawi sentiasa menjadi pemain yang boleh diharapkan.

Baca yang lain