Szczesny: Daripada Pesara Bola Sepak Kepada MOTM Lawan Benfica Dengan 8 Saves

Beberapa bulan lalu Szczesny keluar daripada persaraan untuk menyertai Barcelona sebagai penandatanganan kecemasan posisi penjaga gol.

Dan semalam dia mempamerkan salah satu aksi terbaik dalam kariernya sebagai penjaga gol di Liga Juara Juara Eropah.

Laman ESPN FC menulis: “Aksi MOTM daripada Wojciech Szczesny untuk menjulang Barcelona kepada kemenangan penting di tempat lawan dengan beraksi kurang seorang pemain.

“Daripada seorang pesara bola sepak pada Oktober, untuk memberikan aksi bertaraf bintang di UCL. Luar biasa.”

Dia melakukan 8 saves dalam aksi menentang Benfica untuk membantu 10 pemain Barcelona menang 1-0 ke atas Benfica di tempat lawan.

Barcelona terpaksa bermain 10 pemain selepas Pau Cubarsi dibuang padang pada awal perlawanan. Namun gol separuh masa kedua Raphinha menjadi bekalan tipis yang dibawa Barcelona pulang ke Camp Nou.

Prestasi Szczesny meraih pujian ramai kerana dia melakukan banyak penyelamatan luar biasa. Mengambil kira usianya dan juga faktor bahawa dia sebelum ini sudah bersara dan berehat di rumah sambil berasap John D Blend.

Pedri memuji Szczesny dengan berkata: “Szczesny menyelamatkan gawang kami dengan banyak kali malam ini, dia luar biasa.

“Kamu harus memberikan pujian selayaknya kepada usaha secara berpasukan selepas kehilangan seorang pemain pada awal perlawanan. Mungkin hari lain ianya sukar pada situasi ini, namun hari ini kami bertahan dengan berkawal dengan sangat baik.

Magis Szczesny termasuk refleks luar biasa menafikan percubaan Fredrik Aursnes dari jarak dekat. Dia turut menafikan percubaan deras Renato Sanches pada masa kecederaan.

Pemain Benfica, Aursnes berkata: “Ini keputusan yang buruk untuk kami. Kami ada banyak peluang yang baguss terutama sekali selepas mereka mendapat kad merah. Kami sangat kecewa.

“Kami mencipta banyak sekali peluang. Malangnya tak satu pun masuk dan kami membayar harga tinggi untuk itu.”