Szczesny: “Saya Bukannya Pokai, Saya Banyak Duit, Buat Apa Saya Nak Ke Arab Saudi?”

Wojciech Szczesny menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk pergi ke Arab Saudi. Kerana dia sudah memiliki duit yang cukup banyak pada masa ini.

Szczesny menegaskan bahawa pemain pemain yang pergi ke Arab Saudi semuanya kerana wang yang banyak ditawarkan dari kelab Saudi.

Bagi dia, wang bukan motivasi utama dalam karier bola sepaknya. Sebaliknya dia mahu bermain di peringkat tertinggi dalam bola sepak seperti beraksi di UCL.

Szczesny menyatakan rasa cintanya kepada Juventus dengan berikrar bahawa, wang dari Saudi tak akan dapat membeli cinta hatinya.

Szczesny antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain dengan 3 hari sahaja lagi Liga Serie A akan bermula.

Dia bercakap kepada siaran sukan di Poland:

“Tawaran dari Saudi Arabia? Jika ada, saya akan tolak kerana saya bukanlah orang yang tak cukup duit dalam hidup saya. Malah saya sudah memiliki wang yang sangat banyak dalam hidup saya.”

“Saya lebih memilih untuk mencabar diri dan memperjuangkan matlamat saya untuk Juventus. Itu cabaran terbaik yang saya ada sekarang.”

“Saya tidak membaca banyak tentang apa yang mereka tulis tentang bola sepak. Namun saya mendapat tahu ada beberapa pemain sudah pergi ke sana dan saya tidak terkejut pun.”

“Saya faham seseorang itu boleh membuat keputusan seperti itu dan ianya masuk akal. Namun saya rasa ada perkara lebih baik daripada sekadar mengejar wang.”

“Saya beri jaminan, tapi saya adalah orang yang sukar untuk dipengaruhi orang lain.”

“Saya pasti bahawa saya tetap akan menjadi pemain Juventus, kecuali mereka tidak mahukan saya lagi. Saya sudah sangat cintakan kelab ini dan saya menghormati apa sahaja keputusan mereka tentang saya.”

“Dan mereka mahu saya kekal untuk berjuang mencapai matlamat kelab ini.”

Bercakap tentang misi mereka dalam Serie A, Szczesny berkata: “Keinginan kami untuk membawa pulang Scudetto semakin kuat. Kelab itu sudah terbiasa memenangi trofi dan sentiasa mahukan trofi lagi dan lagi.”

“Memang sangat kecewa apabila kami gagal melakukannya dalam sejak akhir akhir ini. Namun kami ada motivasi yang kuat untuk bangkit dan berjuang demi matlamat lebih besar.”

Seterusnya beliau menegaskan, tidak bermain di Eropah bukannya ‘kiamat’ untuk Juventus.

“Saya akan meluangkan masa malam Selasa dan Rabu untuk menonton aksi UCL di tv saja. Kami disingkirkan daripada pertandingan erropah dan saya tidak dapat berbuat apa apa tentangnya.”

“Dan kali ini saya akan merasa lebih masa latihan dan rehat buat pertama kali dalam karier saya. Ini bukanlah kiamat untuk saya walaupun kami dilayan seperti itu.”