Taare Zameen Par: Kisah Cikgu Ram Shankar Mengorek Potensi Murid Disleksia

“Setiap kanak-kanak itu ada keistimewaan tersendiri.”

Itulah kata kata dan prinsip seorang cikgu yang mengajar seorang kanak kanak istimewa dan kelainan upaya.

Amir Khan ni, sejak semakin berusia ni semakin banyak movie power. Ye la dulu dia berlakon cerita jiwang je la yang banyak. Pada usia ’emas’ beliau melonjakkan kualiti pemilihan watak dan movie.

3 Idiots antara naskah yang memberikan kesan kepada ramai penonton. Namun aku nak ulas satu lagi movie beliau yang dimuat dengan mesej berat terhadap kritikan sosial, kritikan kepada perangai buruk manusia kepada kanak-kanak.

Taare Zameen Paar adalah naskah yang anda tak patut lepaskan untuk ditonton. Ia mengisahkan seorang budak disleksia bernama Ishaan yang bergelut dengan ekspektasi dan kehendak ayahnya.

Amir Khan memegang watak Ram Shankar mahu membantu Ishaan menemui potensi beliau dan meminta ayahnya menyokong Ishaan untuk mencapai potensi itu.

Si budak Ishaan adalah watak utama sebenar dalam movie ini. Amir Khan adalah pembantu dalam cerita ini.

Filem ini rasanya debut untuk Amir Khan menjadi pengarah. Filem yang memberikan kita satu kesedaran yang sangat tinggi kepada kanak-kanak termasuk yang ada kelainan upaya seperti disleksia.

Disleksia bukan masalah mental tetapi ia masalah kesukaran untuk belajar melibatkan budak sekitar 7-8 tahun. Mereka ada masalah fonologi dan percakapan. Sebab itu mereka sukar mengaitkan ejaan dengan makna

Ishaan ada masalah dengan disleksia. Dia kanak-kanak berusia 8 tahun yang hidup dalam budaya masyarakat yang mahukan anak mereka berjaya dengan gred di sekolah.

Comparison /perbandingan dilakukan oleh ayahnya kerana abang Ishaan adalah pelajar yang cemerlang, Ishaan pula mengambil masa 2 tahun di kelas tahun 3.

Ishaan malas, tak minat belajar, suka bergaduh, sentiasa gagal dalam exam. Ishaan menjadi mangsa perlian rakan rakan termasuk guru dia sendiri memandang rendah kepadanya.

Ayahnya panik kerana menganggap Ishaan akan menjadi manusia tak berguna suatu hari nanti dengan kemalasan dia belajar dan pencapaian exam Ishaan.

Lalu dihantar ayahnya si Ishaan ke sekolah asrama. Ia lebih kepada satu hukuman kepada Ishaan. Ishaan menangis kerana tak mahu berjauhan.

Di sekolah Ishaan menjadi lebih teruk. Lalu ayahnya memikirkan anaknya sedang memberontak. Sebenarnya tiada istilah memberontak untuk kanak kanak pada usia 8 tahun.

Ayahnya tak pernah melihat sikap berbeza Ishaan serta ketidakmampuan Ishaan menangkap apa yang dia pelajari sebagai satu masalah ataupun kelainan upaya berbanding budak lain.

Watak Ram Shankar yang dipegang oleh Amir Khan bertemu dengan Ishaan dan mendapati dia adalah budak yang dyslexic. Inilah sebab kenapa dia mudah merasa marah, rasa mengamuk, dan hilang arah.

Ram Shankar melakukan beberapa ujian khas untuk mengesahkan yang Ishaan ada masalah disleksia dan semua hasilnya menjurus kepada jawapan YA!

Ayahnya seorang yang denial. Perkara ini banyak berlaku dalam masyarakat. Kita menafikan anak kita perlukan bantuan pakar kanak-kanak. 2 tahun Ishaan bergelut dalam 1 kelas. Kenapa ayahnya tidak mengambil sebarang langkah konsultansi?

Amir Khan menyindir budaya masyarakat di India yang hanya ke hospital kalau betul betul sakit di fizikal, demam panas dan kesakitan lain.

Isu pembelajaran dan perwatakan, sosial itu tidak dianggap satu masalah.

Amir Khan mendekati Ishaan dengan cuba menjadi rakannya. Amir Khan memberikan inspirasi kepada Ishaan dengan beberapa tokoh terkemuka yang ada kekurangan mereka tersendiri termasuk Albert Einstein, Leonardo da Vinci dan Thomas Alva Edision yang ada masalah yang sama.

Sebenarnya ramai lagi orang terkenal ada masalah ini ketika kecil termasuk Steve Jobs, Richard Branson, Tom Cruise, Bella Thorne, Orlando Bloom, Whoopi Goldberg, serta Lee Kuan Yew.

Amir Khan datang bertemu dengan ayah Ishaan dan menerangkan masalah itu. Namun ayahnya enggan menerima. Amir Khan mendesak ayah Ishaan membaca tulisan cina pada satu kotak.

Itulah gambaran Amir Khan kepada masalah Ishan. Dia tak kenal huruf, tak tahu fungsi simbol. Tak tahu ‘a’ bunyi apa. Sebagai contoh kalau SA+YA jadi apa?

Amir Khan mencari potensi lain pada Ishaan dan budak ini ada bakat melukis. Dia memang ada imaginasi yang tinggi. Dari awal plot lagi Ishaan ni membayangkan objek bergerak.

Ishaan menyertai pertandingan lukisan. Ini babak yang menyentuh hati semua orang. Setiap kanak-kanak itu unik dan kita perlu membantu mereka mencapai potensi mereka.

Filem ini memang terbaik dan memenangi beberapa anugerah utama di India.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil