Tactical Shield: Alatan Tempur Yang ‘Overpowered’ Dalam Counter-Strike

Tahukah generasi pada hari ini, dahulu dalam permainan FPS, ada The Tactical Shield yang dianggap terlampaulah power ataupun overpowered.

Ianya terdapat dalam Counter-Strike: Condition Zero dan kemudian dikeluarkan dalam Counter Strike: Source serta tak muncul lagi selepas itu.

Namun ianya dimasukkan semula pada Mei 2019 dalam ‘Danger Zone’ dikenali sebagai ‘Ballistic Shield’. Namun dalam Xbox Counter-Strike dan Deleted Scenes, korang masih boleh pakai Tactical Shield ini dalam ES Five-seven.

Berperang seperti dewa perang dengan Tactical Shield

Tactical Shield berharga $2200. Di mana, pemain yang membeli perisai ini tak dibenarkan membawa primary weapon. Cuma boleh pakai pistol (kecuali pistol 40 Dual Elites), pisau dan bom.

Kekuatan luar biasa shield ini membuatkan ramai pemain counter strikes bengang dengannya terutama sekali bermain dengan bot yang diset ke level kuat.

Ini kerana bagi mereka yang mahir menggunakan shield ini amat sukar untuk mereka dikalahkan. Dengan adanya pistol yang memiliki keupayaan damage yang tinggi seperti desert eagle ataupun Glock-18 yang dipasang silencer, ianya bakal menjadi mimpi ngeri buat pemain lain.

Shield ini dapat menahan apa sahaja jenis peluru termasuk sniper tahap dewa yang korang boleh guna tembak kuku pun mati orang tu.

Ianya memberikan perlindungan maksimum kepada pemain. Pemain yang menggunakan shield ini masih boleh memadamkan bom namun perlu mengalihkannya dahulu. Mereka juga masih boleh berinterksi dengan tebusan dari jauh.

Namun kelemahannya adalah nak relod peluru pistol ianya akan mengambil masa sedikit.

Satu lagi kelemahannya, dalam pertarungan menggunakan pisau, ianya dikatakan mengurangkan speed dan pemain tak boleh tikam dari belakang.

Jika korang tidak mengenakan sekatan kepada bot, mereka boleh membeli shield ini dan membuatkan korang jadi tak syok. Ye la dulu selalunya main offline kan. Botlah jadi peneman korang ataupun menambah jumlah anggota perang.

Seterusnya, bot juga selalunya lebih defensif dan kurang melakukan serangan apabila menggunakan bot ini. Biasanya bot yang membeli shield ni sebab tak cukup duit.

Dalam Counter-Strike, perisai taktikal ini biasanya mempunyai ketinggian yang sama dengan pemain.

Di dalam Condition Zero, ukuran perisai lebih kecil sehingga mendedahkan kaki pemain.

Walau apa pun, Perisai Taktikal tidak memberikan pertahanan yang mencukupi (walaupun pengguna kini dapat menahan sekurang-kurangnya dua tembakan penembak tepat jika tahap ‘kesihatan’ yang mencukupi tersedia) kecuali kaki pemain berada di hadapan objek / permukaan yang tidak dapat ditembusi.

Versi awal Counter-Strike membolehkan pemain menembak pengguna melalui port / visor pandangan perisai.

Baca yang lain