‘Tahik Mung’ – Etoo Dan Drogba Bengang Dan Sekolahkan Profesor Rasis

Didier Drogba dan Samuel Etoo sangat marah dengan dua orang doktor yang dituduh rasis dengan mencadangkan agar ujian vaksin covid-19 seharusnya diadakan di Afrika.

Drogba dan Etoo menganggap kenyataan itu satu bentuk sifat perkauman dan tidak boleh diterima.

Mereka berdua menyeru pemimpin-pemimpin Afrika untuk tidak berdiam diri dan bangkit mempertahankan negara Afrika yang dihina.

Bekas pemain Chelsea, Demba Ba memuat naik video di Twitter dengan berkata: “Selamat datang ke Barat, di mana orang putih percaya mereka bangsa yang superior dan rasis serta kebodohan menjadi biasa. Masa untuk bangkit.”

Demba Ba sangat kecewa melihat kenyataan dua orang pakar perubatan itu yang merasakan nyawa orang Afrika adalah lebih murah berbanding orang putih di Eropah.

Kenyataan Ba itu disokong oleh Drogba dan Etoo yang mengikuti entri tersebut.

Dua orang doktor tersebut mencadangkan agar menguji vaksin BCG untuk merawat koronavirus. BCG juga merupakan bahan yang juga digunakan untuk merawat sakit tibi.

“Jika saya boleh bersikap provakitf, apa kata kita melakukan kajian di Afrika, di mana di sana tiada topeng muka, tiada rawatan dan tiada DNR dari doktor.”

Persoalan bebaur cadangan itu dibangkitkan  oleh Profesor Jean-Paul Mira, Pengarah Pusat Rawatan Intensif di Cochin Hospital, Paris.

Ini kerana dia merasakan bahawa di Afrika memang diorang tak ada kelengkapan yang cukup dan sangat sesuai untuk menjadi makmal ujian.

Dia menambah: “Sama juga dengan kajian tentang AIDS di mana kita melakukan kajian pada pelacur kerana mereka terang terangan tidak ada menggunakan pelindung.”

Seorang lagi profesor iaitu Profesor Camille Locht menyokong perkara itu dan berkata: “Tepat sekali kenyataan kau tu. Kita sekarang memikirkan untuk melakukan kajian di Afrika dengan pendekatan yang sama dengan BCG.”

“Terdapat proses yang telah dikeluarkan atau akan keluar. Kami akan memikirkannya secara serius.”

“Itu tidak menghalang kita daripada memikirkan secara selari tentang kajian di Eropah dan Australia.”

Samuel Etoo membalas pada video Demba Ba dengan berkata: “Anak sundal [SOB],” dan kemudian menembak mereka di Instagram : “Kau ni hanya tahik. Afrika bukan tempat kau nak buat main main macam tu je.”

Drogba melabel komen dua profesor itu sebagai tidak masuk akal. Dan beliau marah apabila rakyat Afrika diibaratkan guinea pigs – untuk mereka membuat ujikaji.

“Ini sangat tidak masuk akal untuk kami terus menerima benda seperti ini.”

“Afrika bukan makmal. Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan perkauman dan penghinaan ini!”

“Anda sepautnya memikirkan cara membantu kami menyelamatkan nyawa di Afrika dan hentikan penyebaran virus ini yang menghancurkan seluruh dunia, bukannya memikirkan bahawa kami sebagai babi guinea korang. Ia tidak masuk akal!”

“Pemimpin Afrika, anda ada tanggungjawab untuk melindungi orang dari plot jahat ini.”

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan