Pelumba basikal Olimpik pertama di Olimpik dari Nigeria telah memuji pasukan Jerman kerana sudi meminjamkannya basikal untuk bersaing di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dia tidak dibekalkan basikalnya sendiri oleh negaranya.
Ianya sepatutnya menjadi hari bersejarah yang harus diraikan oleh rakyat Nigeria ketika atlet pertama mereka bertanding dalam acara trek. Namun sebaliknya pula yang berlaku.
Entah apa di dalam kepala persatuan berbasikal negaranya, langsung tidak menyediakan basikal kepada atletnya, mungkin fikir pihak penganjur ada menyediakan basikal untuk peserta, sama seperti kau datang majlis makan makan orang ada sediakan makanan.
Ese Ukpeseraye pada mulanya hanya didaftarkan untuk perlumbaan jalan raya wanita tetapi bertanding dalam dua acara trek – yang memerlukan jenis basikal yang berbeza – dan dia diberikan satu notis ringkas tentang perkara itu, katanya di platform media sosial X.
Pelumba berusia 25 tahun itu menulis bahawa tanpa basikal untuk berlumba, dia datang ke Velodrome dengan semangat kesukanan. Melihat dia tiada basikal, pasukan Jerman telah datang untuk menyelamatkannya.
Dia menulis di platform X: “Oleh kerana notis segera bahawa saya akan bertanding dalam acara keirin dan sprint, Team Nigeria tidak ada basikal untuk berlumba acara trek. Dengan semangat kesukanan tinggi, pasukan Jerman telah datang menyelamatkan saya dan menawarkan basikal mereka untuk saya gunakan, terima kasih.
#Paris2024@Paris2024
Due to the short notice of me competing at the keirin & Sprint, #teamNigeria I had no bicycle to race with on the tracks. In d spirit of sportsmanship the German team @bunddeutscherradfahr came to my rescue by offering me a bicycle.
Thank you🙌🙌🙌 https://t.co/OZf8tPZ3gS pic.twitter.com/AyrtQqrCe7— Ese lovina Ukpeseraye (@Ese_Ukpeseraye) August 8, 2024
Peminat dari Nigeria benar benar kecewa mendengar berita tersebut. Dan mempersoalkan kecekapan kerajaan mereka dalam pengurusan atlet. Menteri Sukan Nigeria, John Owan Enoh , seperti menteri yang lain, segera bersilat dan enggan bertanggungjawab.
Sebaliknya menteri sukan tersebut menyatakan bahawa perkara itu tidak dapat dielakkan kerana tidak cukup masa untuk persiapan.
John Owan Enoh berkata Union Cycliste Internationale (UCI), pihak berkuasa berbasikal terkemuka dunia, menawarkan slot minit akhir kepada Nigeria dalam dua acara trek wanita “kerana kehilangan kelayakan sesebuah negara yang sepatutnya bertanding”.
Owan Enoh berkata: “Untuk perlumbaan trek yang diperuntukkan semula kepada Pasukan Nigeria ini, peralatan yang sangat istimewa (diluluskan khusus untuk permainan trek Olimpik) digunakan,” tulisnya di X.
“Ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk menghantarnya selepas membuat pesanan dan membuat pembayaran.”
Namun kenyataan menteri sukan itu ternyata tidak dapat diterima. Kerana menurut mereka, dengan dana yang besar diberikan kepada kontinjen olimpik, takkanlah langsung tak ada duit nak beli basikal cash.
https://trwitter.com/kcemenike/status/1821579693243731985
Salah lagi seorang menulis: “Takkanlah sampai mengambil masa berbulan bulan untuk membeli basikal trek. Masa ini kamu gunakan kuasa kamu dan kepakaran kamu.”
Yang lain menulis: “Di Perancis ada banyak kedai basikal, beli sahaja dari sana.”
Netizen ketiga membandingkan Kes Ukpeseraye dengan kes di mana pelari pecut Nigeria, Favor Ofili mendapati pada saat-saat akhir bahawa dia tidak boleh berlumba dalam 100m wanita kerana dia telah tersisih daripada senarai penyertaan.
“Saya akan bertanya apa yang berlaku kepada Favor Ofili yang terlepas perlumbaan 100m, dan tiada pula orang menggantikan slotnya, adakah sebab kasut trek mereka pun tak sampai lagi ke?”