Koronavirus telah membuatkan banyak acara sukan ditangguhkan dan ada yang dibatalkan. Buat masa ini wabak tersebut telah tersebar ke serata dunia.
Sebelum ini Sky Sports dan BT Sport telah mengumumkan mereka tidak akan memotong bayaran bulanan. Selain itu, para pelanggan pakej sukan tidak boleh menamatkan langganan pek sukan mereka.
Jika mahu berbuat demikian ianya akan dikenakan penalti.
Namun selepas membuat pertimbangan terbaru, Sky Sports akhirnya setuju untuk membenarkan pelanggannya menggantung / membekukan / pause seketika pakej sukan daripada pek langganan mereka.
Ini kerana Sky Sports tidak menayangkan banyak aksi siaran langsung sukan.
Sky Sports dalam kenyataan mereka menyatakan: “Kami menjangkakan akan banyak berlaku lebih banyak penundaan acara sukan selepas ini.”
“Jika anda, pelanggan kami, mahu membekukan seketika langganan siaran sukan anda, anda boleh berbuat begitu.”
“Dan anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran / penalti untuk berbuat demikian ataupun dikenakan notis amaran.”
“Namun begitu, kami akan menjanjikannya anda, untuk terus membekalkan konten sukan berkualiti tinggi menerusi kesemua 11 saluran sukan kami.”
Kenyataan Sky Sports itu disambut baik oleh ramai pihak.
Mereka menyatakan ia berjaya mengurangkan sedikit bebanan mereka ketika ini yang memerlukan tambahan pada kos sara hidup.
Harga beberapa barangan sudah melonjak naik. Dan mereka merasakan dengan langkah men
Sky confirmed subscribers would now be allowed to pause their packages without incurring any chargeshttps://t.co/FOhiYWQWwp
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 18, 2020
Namun ada juga yang mengambil langkah berbeza. Melihat keikhlasan Sky Sports, ada juga juga yang menyatakan tak akan menggantung pakej sukan mereka.
Mereka yang ada kemampuan telah memutuskan untuk terus menyambung perkhidmatan dan pek sukan.
Ini kerana, kesemua pihak terkesan ketika ini. Malah mereka menganggap itu adalah tanda balasan balik kepada Sky Sports yang telah memberikan banyak hiburan sukan kepada mereka selama ini.
Sky Sports merupakan badan penyiar utama Premier League, English Football League, Scottish football, rugby league, Formula 1, kriket, gol, dan banyak lagi.
Liga Perdana Inggeris buat masa ini masih ditunda sehingga ke 3 April. Manakala Euro 2020 telah ditunda ke tahun hadapan.
Jadi, Astro mungkin boleh mengambil langkah yang diambil oleh Sky Sports ini.
Mungkin juga boleh untuk mengurangkan sedikit bayaran pada pakej sukan kan?
Sebelum ini Astro mengesahkan mereka tak akan mengurangkan bayaran pelanggan pakej sukan.
Menerusi satu pertanyaan di Facebook Astro, ini jawapan daripada staf mereka:
“Hai. Maaf ya kerana tiada aktiviti penurunan harga akan dilakukan untuk pembatalan jadual tersebut. ^Syed”
Namun Astro kemudian tampil dengan memberikan tontonan percuma salura Movies kepada semua pelanggannya.
Ianya sebagai langkah untuk Astro memberikan pelanggannya hiburan ketika melalui tempoh perintah kawalan pergerakan.
Diharap akan lebih banyak penyiar sukan selepas ini mengambil langkah seperti Sky Sports.