Tak Banyak Cerita, Polis ‘Upload’ Video Bukti Grealish Langgar Kereta Orang Ketika Mabuk

Polis West Midlands berkongsi rakaman CCTV yang memaparkan Jack Grealish melanggar dua buah kereta di tempat parkir.

Grealish bukan sahaja melakukan kesalahan trafik, tetapi turut bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan ketika wabak.

Pemain Villa telah dikenakan hukuman berat. Lesen memandunya digantung 9 bulan dan didenda £82,499 atau sekiktar RM446.6k, hampir setengah juta ringgit.

Itu jumlah denda tertinggi ke atas pemain bola sepak profesional di England.

Grealish mengakui bersalah di atas kesemua pertuduhan di hadapan majistret Mahkamah Birmingham. Satu video menunjukkan kereta Grealish melanggar kereta orang lain tular di media sosial pada Mac.

Grealish dilihat berjogging ke arah Range Rover, meninggalkan parti ketika kerajaan mengarahkan lockdown.

Grealish mengundurkan keretanya dan melanggar sebuah van. Grealish kembali semula dan melanggar sebuah lagi kereta.

Selepas itu Grealish beredar daripada kawasan itu. Malangnya, keretanya melanggar tembok.

Pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian. Dan melaporkan bahawa Jack Grealish memaki hamun dengan kata kata kesat dan carutan ke atas mereka.

Grealish ketika itu dalam keadaan mabuk selepas minum arak berlebihan.

Grealish kemudian betukar tukar informasi dirinya dengan pemilik kenderaan yang dia langgar, untuk menyelesaikan perkara itu selepas dia hilang mabuk.

Grealish meninggalkan tempat kejadian sebelum pegawai polis tiba, bermakna dia tidak diuji dengan pemeriksaan alkohol.

Grealish melakukan kesalahan itu, kurang 24 jam selepas dia memuat naik status menggesa orang ramai duduk di rumah tanda sokongan kepada NHS (petugas kesihatan).

Selepas kejadian itu, ketika menunggu keputusan mahkamah, Grealish kantoi memandu dengan melebihi had laju. Cara pemanduannya dilabel menakutkan oleh hakim.

Grealish juga dilihat mencucuk kereta di hadapannya dengan memandu pada kelajuan 145kmj.

Pemain berusia 25 tahun itu dijatuhkan hukuman oleh Hakim Daerah John Bristow yang mengatakan: “Kesalahan pada 29 Mac itu dilakukan enam hari selepas penguncian (lockdown) di seluruh negara diumumkan.”

“Kamu semestinya berada di rumah, dan kamu tidak mempunyai alasan yang tepat dan munasabah untuk pengecualian daripada penguncian.”

“Kamu seharusnya tidak memandu pada 29 Mac – ini adalah perkara yang lebih memburukkan lagi keadaan.”

“Kedua-dua kesalahan itu dilakukan dalam masa tujuh bulan di antaranya, dan kamu telah menyebabkan kerosakan akibat pemanduan kamu yang bahaya.”

“Dan kamu juga mememandu dengan cara yang menakutkan dengan kelajuan yang berlebihan di lebuh raya.”

Jack Grealish dianggap antara pemain Inggeris terbaik dalam beberapa musim ini. Menarik perhatian kelab besar termasuk Man United.

Aston Villa meletakkan tanda harga £100 juta untuk perancang tengah tersebut.

Grealish dipanggil ke dalam skuad kebangsaan baru baru ini dan menunjukkan prestasi cemerlangnya.

Baca yang lain