Presnel Kimpembe akhirnya memuat naik gambar keadaan buku lalinyang selepas pembedahan.
Pemain itu disisihkan daripada bermain pada Oktober 2022 kerana kecederaan buku lali. Dia kemudian kembali sebulan kemudian.
Namun selepas beraksi dalam 3 perlawanan, dia kembali cedera dan dinasihati untuk menjalani pembedahan selepas dia terpaksa diusung keluar padang ketika menentang Marseille.
Ketika pemain pemain PSG meraikan kejayaan menjulang trofi Ligue 1, Kimpembe tidak melepaskan peluang untuk menyertai mereka.
Dan dia memuat naik gambar tersebut di IG miliknya bersama sama dengan gambar kecederaan di buku lalinya selepas pembedahan.
Gambar tersebut agak ngeri dan ada yang tidak sanggup untuk melihatnya.
Kimpembe menulis: “Satu lagi piala liga dan ulangtahun ke-50 untuk sejarah.
“Ianya musim yang sukar namun sarat dengan pengajaran secara peribadi. Setiap halangan itu menjadi kekuatan untuk mencapai matlamat.
“ACHILLES RUPTURE”
Now for our Twitter ballers who believe they can just stamp their feet on the floor and keep on playing, not when you have an “Achilles Rupture” like Presnel Kimpembe.
The Achilles Tendon is a strong band that attaches the calf muscles (muscle behind your… https://t.co/8qt1zidsqK pic.twitter.com/r1UOaCMM3d
— SportsDokita (Odogwu ☝️) (@Sports_Doctor2) May 14, 2024
“Terima kasih di atas sokongan berterusan daripada anda semua.”
Peminat kemudian terkedu melihat gambar kakinya yang dibedah itu. Ada yang berkata: “Jesus Christ, saya ingatkan kaki dia dah hilang.”
Yang lain menulis: “Cepat sembuh bro, kami merindui aksi kamu di barisan pertahanan kita.”
Yang ketiga berkata: “Fokus pada pemulihan, kami sayangkan kamu Presko!”
🇫🇷🤕 Presnel Kimpembe shows the reality of his most recent injury…
He suffered an achilles tendon rupture which has kept him out of action for 400+ days.
The photo is the back of his foot all stitched up. Sending strength to him. ❤️ pic.twitter.com/JeIXS0UOD3
— EuroFoot (@eurofootcom) May 13, 2024
Sejak debut bersama PSG pada 2016, Kimpembe telah bermain 236 kali untuk kelab itu. Memenangi 7 kejuaraan Ligue 1, 4 Coupes de France dan 4 Coupes de La Ligue. Di peringkat antarabangsa dia memenangi 1 Piala Dunia bersama Perancis.
Kecederaan di tendon buku lalinya itu membuatkan dia sudah berehat selama lebih 400 hari. Ataupun lebih setahun dah dia tak beraksi.
Pastinya Kimpembe berharap dia akan dapat kembali merumput lagi selepas ini. Kimpembe merupakan pemain pertahanan yang berbakat, menjadi perhatian banyak pasukan elit di Eropah.