Tak Cakap Banya, Chelsea Terus Pecah Rekod Untuk Beli Messi Brazil, Estavao Willian

Chelsea dilaporkan bakal memecahkan rekod perpindahan pemain dari Liga Brazil dengan pembelian Estavao Willian.

Estavao Willian sudah lama dikaitkan dengan Chelsea. Namun kedua dua pasukan sebelum ini gagal mencapai kesepakatan harga.

Kini juara 2 kali Eropah itu sedia membayar €65 juta bayaran tetap. Dan masih membincangkan bonus prestasi melibatkan pemain itu.

Harga €65 juta itu adalah angka pada klausa pelepasan pemain tersebut. Kem Todd Boehly tidak cakap banyak untuk menekan butang aktifkan klausa tersebut untuk mendapatkan Estavao Willian.

Pemain yang digelar Messinho itu akan menjadi perpindahan termahal pemain dari liga Brazil ke Eropah. Namun dia hanya akan menyertai Chelsea pada 2025 ketika usianya 18 tahun.

Walaupun hanya bermain 17 kali musim ini untuk Palmeiras, dia sudah mencetak 3 gol dan 1 assist untuk Palmeiras.

Pasukan pemantau bakat Chelsea merasakan pemain tersebut akan menjadi prospek luar biasa di masa akan datang.

Chelsea mahu membuat perjanjian awal untuk menghalang kelab seperti Real Madrid yang suka mendapatkan pemain muda Brazil dengan pendekatan yang sama.

Di mana Real Madrid akan membenarkan pemain pemain muda itu untuk kekal dahulu di Brazil sebelum ke Eropah.

Langkah Real ini disenangi oleh kelab Brazil yang masih berpeluang menggunakan pemain muda tersebut secara pinjaman dengan dipantau oleh pegawai khas.

Namun tindakan Chelsea membayar €65 juta ini dianggap akan meningkatkan lagi nilai harga pemain remaja berbakat di Brazil.

Estavao Willian atau Messinho memulakan karier pembangunannya bersama Cruzeiro pada 2017. Pada usia 10 tahun dia mendapat kontrak tajaan daripada Nike.

Kontrak itu menjadikan dia pemain Brazil paling muda pernah mendapatkan kontrak tajaan khas dengan Nike.

Dengan pembelian Estavao Willian, Chelsea akan cuba menjual beberapa pemainnya selepas ini untuk memastikan akaun FFP mereka sihat walafiat.