Romelu Lukaku sebelum ini berunding dengan 2 kelab iaitu Inter Milan dan Juventus.
Namun rundingan dengan Juve menjadi sangat kontroversi kerana Inter Milan sedang berusaha menunaikan ‘hasrat’ Lukaku yang mahu terus kekal di kelab itu.
Inter bergelut untuk mendapatkan Lukaku kerana masalah kewangan melanda kelab itu. Harga Lukaku dianggap sangat tinggi iaitu €40 juta yang diminta Chelsea.
Inter merancang akan terus membida Lukaku sebaik sahaja menerima wang perpindahan Andre Onana dari Man United.
Tetapi Inter sangat kecewa apabila mendapat tahu Lukaku sebenarnya telah berunding dengan Juventus di belakang mereka.
Lebih mengejutkan rundingan pertama antara Lukaku dan Juve berlaku sebelum aksi final UCL yang lalu.
Ejen Lukaku baru baru ini tiba di Itali. Inter Milan awalnya menjangkakan ejen pemain itu cuba berbincang soal perpindahan Lukaku ke Inter. Malangnya, ejen Lukaku telah tidak mengangkat panggilan telefon dari Inter.
Akhirnya kelab itu mendapat tahu bahawa ejen pemain itu sedang berbincang dengan Juventus.
Membuatkan Inter menamatkan rundingan mendapatkan Lukaku. Inter benar benar kecewa dan rasa dikhianati Lukaku yang selalu merayu agar kelab itu menandatanganinya secara tetap walaupun Inter sedang dalam masalah kewangan.
Beberapa tahun lalu Lukaku pernah menyatakan dia tak akan sesekali bermain untuk AC Milan atau Juventus yang merupakan musuh tradisi Inter Milan.
Kini pemain itu telah menjilat balik ludahannya.
Ultras Inter mengecam Lukaku dan melabel Lukaku pengkhianat kerana penyokong Inter selalu menyokong dan membela Lukaku selama ini. Terutama sekali ketika Lukaku diejek penyokong Juventus.
Seterusnya Ultras Juve pula membantah pembelian Lukaku kerana mereka masih ingat dengan kenyataan Lukaku yang menyatakan dia lebih rela kembali ke Anderlecht berbanding ke Juve.
Sambil mendedahkan Juve pernah menawarkan gaji lebih besar kepadanya namun ditolaknya kerana cintanya kepada Inter Milan.
Kini ada satu perkara yang membuatkan Lukaku masa ini masih tidak ada kepastian. Juventus sudah memberitahu Lukaku bahawa mereka hanya akan membeli Lukaku jika mereka menjual Dusan Vlahovic yang tidak dimahukan oleh Max Allegri.
Vlahovic masih belum ada pembeli dan Lukaku masih menunggu. Juventus malah dilaporkan tidak menunjukkan usaha yang benar benar pro aktif untuk mendapatkan Lukaku pada ketika ini.
Membuatkan pemain itu mulai merasakan bahawa dia mungkin tidak akan berjaya mendapatkan kontrak di Juvemtus.
Lukaku kini mahu menjernihkan semula hubungan dengan Inter dan berharap kelab itu kembali berunding untuk menandatanganinya.
Lukaku yang sebelum ini tidak menjawab panggilan atau membalas mesej rakannya yang mahukan kepastian cerita dia dengan Juventus, kini dia pula yang menghubungi pemain pemain Inter.
Dia mahu membina semula kepercayaan di kalangan kelompok pemain pemain Inter.
🚨🚨 Lukaku wants forgiveness, as Juventus are not in a position to sign him, but Inter's door is closed. He didn't answer his teammates' calls and now he's the one calling and asking to rebuild the trust. [@Gazzetta_it] pic.twitter.com/RaLhIPpH5o
— Football Talk (@FootballTalkHQ) July 22, 2023
Lukaku sedia meminta maaf kepada Inter Milan. Namun malangnya, Inter Milan sudah menutup pintu untuk Lukaku.
Presideng Inter, Zhang yang sebelum ini mengarahkan Inter cuba sedaya upaya menandatangani Lukaku juga telah berubah pendirian.
Dia tidak mahu bercakap lagi dengan Lukaku.
🚨 Romelu Lukaku is begging Inter for forgiveness and wants to return, but Inter's chairman is currently not interested in a dialogue. #CFC
[@Gazzetta_it] pic.twitter.com/9GzDGqy7QE
— Williams ©️ (@CFCNewsReport) July 22, 2023
Zhang bagaimanapun sedia untuk tidak campur tangan, jika pengurus, Simone Inzaghi tetap mahukan Lukaku. Di mana sebelum ini pengurus itu dikritik kerana memasukkan Lukaku menggantinkan Edin Dzeko pada final UCL musim lalu.
Inzaghi sangat suka dengan Lukaku sebelum ini. Namun situasi ketika ini, pengurus itu mungkin akan menghormati pendirian kelab.
Apa yang pasti Inzaghi meminta jaminan agar dia akan mendapat penyerang baharu sebelum musim bermula.
Lukaku masih lagi tidak ada kelab untuk musim baharu. Dia asasnya masih pemain Chelsea namun sudah memberitahu kelab itu dia tidak mahu bermain untuk Chelsea lagi.
Dia tak pernah bercakap dengan Mauricio Pochettino untuk meminta diberikan peluang. Pengurus itu juga menganggap Lukaku memang sudah tiada dalam senarai pasukannya.
Lukaku malah akan berlatih dengan pasukan B Chelsea.