Safawi Rasid melapor diri di wisma FAM untuk tugasan bersama skuad Harimau Malaya untuk Piala AFF 2022.
Safawi Rasid baru sahaja mendirikan rumah tanggan dengan Syifa Melvin. Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan Selamat Pengantin Baru kepadanya. Menganggap itu juga antara motivasi kepadanya untuk beraksi, selepas berkahwin.
Safawi menjelaskan dia buat masa ini tidak memikirkan soal cuti memandangkan dia tidak banyak beraksi dalam aksi domestik.
Safawi malah letak tepi dahulu soal berbulan madu kerana fokus beliau kini benar benar kepada Harimau Malaya.
Safawi Rasid kehilangan tempatnya kepada bintang muda yang sangat luar biasa iaitu Arif Aiman.
Jadi, Safawi menganggap peluang untuk beraksi bersama Harimau Malaya adalah kesempatan untuknya merasai lebih banyak minit permainan.
Dia turut berbangga kerana terus diberikan kepercayaan untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan akan cuba membuktikan sesuatu.
Safawi Rasid berkata: “Pasal cuti, bagi saya, tahun ini, saya tidak ada banyak minit permainan. Jadi ini [panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan] salah salah satu tempat saya, walaupun saya sendiri tak pasti akan dipanggil, jika diberikan peluang untuk bermain, saya akan menggunakan kesempatan yang diberikan jurulatih dari segi minit permainan dan perlawanan.”
“Saya berbangga sebab pasukan kebangsaan masih memanggil saya lagi. Jadi saya nak buktikan sesuatu dalam pertandingan ini [Piala AFF 2022].”
“Memang saya nak berikan sesuatu untuk diri saya, keluarga saya dan pasukan.”
“Kejohanan ini sangat penting untuk saya dapatkan balik semua aspek permainan.”
“Sebelum ini, macam yang saya cakap, saya kurang bermain dan jarang dapat peluang untuk bermain.”
“Jadi, dengan peluang yang ada ini, saya akan cuba lakukan sesuatu.”
“Walaupun saya jarang dapat bermain, namun rakan rakan sepasukan saya — saya nak berikan penghormatan saya kepada rakan rakan sepasukan — yang sentiasa menyokong saya dalam situasi permainan.”
Selain itu, Safawi menyatakan dia enggan berbicara soal JDT pada masa ini kerana fokusnya adalah untuk Harimau Malaya.
Namun dia menegaskan dia gembira dapat memeterai perpindahan secara pinjaman selama setahun ke Ratchaburi di Thailand.
Dia malah berharap, selepas pinjaman itu tamat nanti, dia akan berjaya mencari pasukan yang benar benar memerlukan khidmatnya di atas padang.
Ini kerana dia sudah tak nak duduk di bangku simpanan.
Pawi menambah: “Saya rasa, dalam umur saya sekarang ini 25 tahun, saya perlu minit permainan untuk saya. Nanti kalau saya dah habis loan dengan pasukan Ratchaburi, saya nak cari pasukan yang betul betul perlukan khidmat saya.”
“Saya dah tak nak duduk bench dah, saya nak bermain.”
Bercakap tentang pemilihannya sebagai salah seorang daripada 4 kapten utama Harimau Malaya, Safawi menghargainya, namun apa yang lebih penting bagi beliau adalah kerjasaman berpasukan agar menjadi lebih kuat.
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. pic.twitter.com/sBKpWZwqQI
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 30, 2022