Chelsea kini menukar sasaran mereka daripada Samu Omorodion kepada Victor Osimhen. Pemain Napoli itu masih menunggu tawaran daripada PSG yang sebelum ini menyatakan minat mereka kepadanya.
Osimhen pada awal pra musim ini, telah memberitahu kelab bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu dan minta dijual. Antonio Conte yang dilantik selepas itu, menyatakan bahawa kelab itu sudah membuat keputusan tentang masa depan Osimhen sebelum dia tiba.
Jadi dia sudah setuju bahawa dia tak akan campur tangan dalam penjualan Osimhen. Cuma Conte berharap Kvaratskhelia akan terus kekal di kelab itu.
Ejen kepada Osimhen sebelum ini menegaskan bahawa pemain itu mahu pergi ke kelab lain. Di mana menurutnya pemain itu sudah menunaikan janjinya sebelum ini untuk terus kekal dan kemudian membantu kelab itu menjuarai Serie A.
PSG yang sebelum ini dijangka akan mengemukakan bidaan rasmi, masih tidak menunjukkan usaha bersungguh sungguh mereka. Dan kini Chelsea mahu memujuk Osimhen untuk menyertai mereka.
Chelsea yang memiliki penyerang seperti Christophe Nkunku dan juga Jackson Martinez, masih mencari pemain no.9 berkelas dunia. Mereka beberapa minggu lalu mahukan Samu Omorodion dari Atletico. Tetapi pemain berusia 20 tahun itu dikatakan gagal dalam medikal yang diadakan di Paris.
Chelsea sedia untuk mengalihkan perhatian mereka sepenuhnya kepada usaha membawa Victor Osimhen yang dianggap sebagai salah seorang penyerang no.9 terbaik dunia pada ketika ini.
🚨 BREAKING: Samu Omorodion returns to Atletico Madrid! His move to Chelsea, who are targeting Osimhen, has collapsed. (via @marcosbenito9)
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) August 11, 2024
Chelsea juga sedia menawarkan perjanjian tukaran pemain. Dengan Romelu Lukaku boleh menjadi sebahagian daripada syarat perpindahan. Memandangkan Antonio Conte memang mahukan Lukaku dalam pasukannya.
Lukaku pula sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia tidak mahu bermain untuk Chelsea. Malang sekali perpindahannya ke Inter Milan atau Roma sebelum ini gagal untuk dimeterai secara tetap.
Osimhen akan menjadi pemain yang penting untuk projek Enzo Maresca. Kerana pemain itu memiliki keupayaan luar biasa di hadapan gol.
Dia juga seorang pemain yang memiliki kepantasan dan fizikal yang lasak berdepan dengan pertahanan Liga Inggeris.
Dalam pada itu, Chelsea turut berusaha untuk mendapatkan Joao Felix dari Atletico setelah tidak menyepakati perpindahan Samu Omorodion.
Baca juga: Chelsea Mahukan Joao Felix Setelah Rundingan Mendapatkan Samu Omorodion Kerana Gagal Medikal
Chelsea kini mahu membawa masuk Joao Felix ke kelab itu selepas rundingan mendapatkan Samu Omorodion gagal. Atletico dan Chelsea sebelum ini mencapai kesepakatan untuk Omorodion – yang muka dia macam Onana – namun pemain itu gagal memeterai perjanjian setelah medikal diadakan menurut laman We Ain’t Got History
Medikal diadakan di Paris memandangkan pemain itu bersama sama dengan skuad Olimpik Sepanyol. Pemain itu dikatakan sudah setuju dengan semua syarat menyertai Chelsea. Dan sangat teruja untuk menyertai The Blues.
Samu Omorodion hampir sahaja mendapat kontrak dengan Chelsea. Namun ada keraguan oleh pihak Chelsea untuk kecergasan pemain itu. Dan kelab memutuskan untuk tidak menandatangani pemain itu dengan nilai €40 juta.
🚨 Samu Omorodion transfer from Atletico Madrid to Chelsea has collapsed. Deal agreed club-to-club & between 20yo #Atletico striker + #CFC. But major problem finalising contract means deal off; Spain youth int’l not moving to Stamford Bridge @TheAthleticFC https://t.co/zTcEl1Omll
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 11, 2024
Atletico yang mahu membeli Conor Gallagher kini menyertakan Joao Felix di dalam rundingan. Pemain tersebut menjadi pemain yang tidak dimahukan oleh Simeone setelah komen dia tentang taktikal pengurus itu sebelum ini.
Membuatkan Felix sebelum ini dihantar secara pinjaman ke Chelsea dan kemudian ke Barcelona. Sebelum ke Barca, dia sekali lagi menyinggung peminat Atletico dengan menganggap kelab Barcelona adalah kelab yang dia impikan selama ini.
Setelah menyertai Barcelona, Felix kerapkali menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di kelab itu. Namun itu tidak dapat direalisasikan kerana faktor ekonomi. Ditambah dengan Barcelona yang mahu mendapatkan pemain lain seperti Dani Olmo.
Felix akhirnya dikembalikan ke Atletico dan dia diejek oleh peminat dalam aksi pra musim baru baru ini.
Kini satu lagi jalan keluar untuk Joao Felix iaitu dia sedang dalam perbincangan untuk ke Chelsea sekali lagi. Felix sebelum ini pernah meminta perpindahan tetap ke Chelsea namun kedua dua kelab gagal mencapai kesepakatan harga.
Chelsea ketika itu sudah membayar €11 juta untuk pinjaman separuh kedua musim. Tetapi Atletico meminta €90 juta sebagai bayaran klausa beli tetap. Chelsea menganggap nilai itu terlalu tinggi dan memutuskkan untuk tidak menandatangani Felix secara tetap.
João Felix hive is up and running
I'm alive pic.twitter.com/gXxDng7stC
— Roberts (@cfcrobertss) August 11, 2024
Atletico kini mahu memastikan Conor Gallagher menjadi milik mereka walaupun cubaan untuk menawarkan Samu Omorodion kepada Chelsea gagal. Chelsea juga mahu memastikan rundingan penjualan Gallagher ke Atletico jadi. Kerana mereka sudah setuju syarat harga pemain tersebut.
Maka kedua dua kelab mahu mencari solusi lain. Dan ianya melibatkan Joao Felix. Ejen kepada Joao Felix, Jorge Mendes kini berada di London untuk menyelesaikan perpindahan Joao Felix.
Dalam perkembangan yang lain, Atletico yakin akan dapat mengumumkan Julian Alvarez dalam masa terdekat. Ini selepas pemain itu mendesak perpindahan ke Atletico Madrid dari Manchester City.
Untuk Samu Omorodion, Atletico masih cuba untuk menjadi pembeli kepada pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup.
⚠️🔵 Samu Omorodion to Chelsea is 100% OFF.
Major issues confirmed and Omorodion will return to Madrid in the next hours…
…with serious chances to join another club in the next days. 👀 pic.twitter.com/UHBElfmHXs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2024
Omorodion merupakan pemain muda berbakat besar. Tetapi Diego Simeone pada masa mengutamakan Julian Alvarez pada masa ini. Dan berharap akan dapat menjana keuntungan daripada penjualan Samu Omorodion.
Ramai peminat Atletico menganggap kelab tidak seharusnya terlalu terdesak melepaskan pemain tersebut. Dan boleh menjadikan Omorodion sebagai pemain sandaran untuk Julian Alvarez.
Tetapi situasi kewangan Atletico sebenarnya tidak begitu ‘merestui’ pilihan seperti itu. Kerana La Liga sudah menetapkan had perbelanjaan dan had bil gaji kelab.