Tak Jadi Lawan Holyfield, Tyson Umum Berlawan Dengan Lennox Lewis

Legenda tinju Mike Tyson akan kembali ke gelanggang tinju untuk melawan Lennox Lewis pada bulan September 2021. Sekiranya itu benar berlaku, ini akan menjadi perlawanan kedua Tyson setelah memutuskan untuk bersara pada tahun 2005.

Tyson sendiri yang mengesahkan perkara itu. Beliau berkata: “Saya akan melawan Lennox Lewis pada September.”

Namun bekas juara dunia itu tidak memberikan maklumat lanjut tentang venue dan tarikh pertarungan tersebut.

Tyson kali terakhir menentang Lewis pada 8 Jun 2002. Pada masa itu, Lewis mempertahankan gelaran kelas berat dunia WBC, IBF, IBO, The Ring setelah memenangi pertarungan kalah mati  pusingan ke-8 ke atas Tyson.

Menjadikan Lewis menjadi petinju ketiga yang mengalahkan Tyson melalui KO / TKO setelah Buster Douglas dan Evander Holyfield.

Sebelum ini, sebaik sahaja pertarungan menentang Roy Jones Jr, Tyson berencana mahu menentang Holyfield namun nampaknya perancangan itu berubah.

Holyfield dan Tyson gagal mencapai kesepakatan pada kontrak mereka yang membuatkan perancangan itu gagal.

Lewis adalah salah seorang petinju kelas berat terbaik dalam sejarah tinju. Lewis pernah mengalahkan Vitali Klitschko untuk mempertahankan kejuaraan dunia pada 21 Jun 2003 sebelum memutuskan untuk bersara.

Sepanjang kariernya, Lewis hanya kalah dua kali, di tangan Oliver McCall pada bulan September 1994 dan Hasim Rahman pada bulan April 2001.

Baca yang lain