Tak Mahu Hipokrit Dan Pembedahan Plastik Punca Wanita Ini Tolak Jadi Artis K-pop

Menjadi idola K-pop adalah impian ramai manusia. Namun tak semua! Seorang bekas pelatih K-pop, Euodias pula pernah menolak untuk menjadi artis K-pop walaupun sudah melepasi semua saringan yang diperlukan.

Eoudias merupakan penyanyi dan penari yang berpangkalan di England. Dia kacukan Cina-Korea. Ketika muda, dia banyak menonton K-drama, mendengar muzik Wonder Girls dan B2ST ketika kawan kawannya yang lain mendengar Britney Spears dan Backstreet Boys.

Lalu dia mulai memasang impian mahu menjadi idola K-pop. Dan mulai menyertai audition sejak berusia 10 tahun lalu. Kadangkala dia sanggup ponteng sekolah untuk menyiapkan video ujibakatnya. Itu yang membuatkan emaknya marah.

Pada satu hari, dia dipanggil untuk audition.

“Setelah enam jam duduk di lantai menunggu, saya dipanggil dalam kelompok 10 orang.”

“Seorang demi seorang diminta menyanyi, dan sebelum habis, kedengara juri akan bilang: “Stop! next!”

“Saya awalnya diminta mengucapkan monolog k-drama kemudian diminta menyanyi dan menari. Saya masa tu tak cukup bersedia namun saya cuba.”

“Selepas berunding dengan pegawai penilai, juri akhirnya memberikan saya kad kuning, bermakna saya lolos ke peringkat seterusnya.”

“Dalam masa beberapa hari, saya sudah diminta untuk berunding tentang kertas kontrak. Saya diminta berpindah ke Korea Selatan dan tinggal di asrama.”

“Jika saya berhenti sebelum kontrak habis, saya harus membayar kos latihan yang mencecah ribuan dolar.”

“Pada masa itu, ibu keberatan nak menandatangani kobtrak itu. Mereka menawarkan kontrak 2 tahun setengah, kontrak terpendek mereka tawarkan kepada mana mana pelatih.”

“Ibu terpaksa kerana desakan saya, dan kami tidak bertegur sapa selama sebulan selepas dia menandatangani kontrak itu.”

“Ketika di akademi, guru seni melatih saya dengan peraturan sangat ketat. Saya tinggal bersama pelajar lain yang berusia dari 9 tahun sehingga 16 tahum. Lelaki dan perempuan diasingkan.”

“Kami hanya bercampur di pusat latihan atau sekolah. Selepas itu, kami tidak boleh bercampur antara lelaki dan perempuan.”

“Kalau ada ahli keluarga yang mahu datang melawat, perlu ada kebenaran daripada syarikat, kalau tak, mereka tidak akan dibenarkan masuk.”

Rutin harian

“Secara umumnya, kami bangun pukul 5 pagi untuk latihan menari sebelum masuk sekolah pada pukul 8 pagi.”

“Selepas tamat sekolah, kami akan kembali berlatih menari dan menyanyi. Kadangkala latihan itu sampai 11 malam atau lebih. Kami seringkali mahu menjadi yang terakhir keluar daripada bilik latihan untuk meyakinkan guru kami.”

“Seterusnya kesemua peserta dilarang menjalinkan hubungan sejenis, kalau berlaku, mereka akan terus ditamatkan kontrak.”

“Kami ada pengurus yang jenis suka menghantar mesej, kalau tak dibalas dia akan telefon terus, tanya kami di mana.”

“Kami tidak ada cuti, termasuk cuti tahun baru ke dan sebagainya. Masa cuti umum pun kami berada di asrama. Kecuali kamu sudah menjadi bintang kpop baru ada cuti.”

“Kami dibahagikan kepada dua pasukan, A dan B. Saya bersama dengan 20-30 orang pelatih di pasukan A yang dianggap lebih berpotensi.”

“Team B ada 200 orang peserta. Ada dari kalangan mereka sanggup membayar wang untuk memasuki pasukan tersebut. Mereka berlatih bertahun tahun, namun tak pasti mereka akan debut atau tak. Debut adalah istilah untuk penampilan rasmi sebagai idola kpop.”

“Team A tidur dalam bilik 4 orang, team B mereka tidur beramai ramai di ruang besar kekadang tak cukup bantal dan tidur beralaskan apa sahaja yang ada termasuk kayu prop.”

“Saya selalu tengok perserta team B tidur kerana keletihan di studio tari kerana mereka menyatakan, sama sahaja, tidur di situ atau di asrama mereka.”

“Sangat sukar untuk melihat team B dinaikkan ke team A. Pada masa saya, hanya seorang sahaja yang lepas.”

“Jika ada anggota Team A yang buat hal dan berbalah dengan syarikat, mereka akan terus dipindahkan ke team B. Secara umumnya, pelatih dilarang sama sekali mengeluh.”

“Ketika perserta sudah tidak bersemangat, syarikat akan memberikan motivasi dengan kata kata bahawa kami akan mampu menjadi idola kpop. Dan kami kembali bersemangat.”

“Kami tak pakai nama sebenar di asrama. Hanya diberikan nombor dan nama panggung [stage name /nama glamor]. Saya ketika itu diberikan nama Dia.”

“Guru kami akan memannggil kami dengan nombor yang ada di baju kami, ditampal dengan stiker.”

“Syarikat masa tu sangat sukakan saya kerana badan saya kecil, metabolisme saya bagus sehingga berat badan tak mudah bertambah.”

“Berat badan impian syarikat adalah 47 kg saja, tak kisah la usia kamu berapa. Kami akan ditimbang berat badan di satu bilik besar dan tubuh badan kami akan diperiksa dengan kerap.”

“Ketika menimbang berat badan, angka itu akan disebut kuat kuat agar semua orang mendengarnya. Kalau terlebih berat badan, maka makanan kamu akan dikurangkan.”

“Kelaparan itu perkara sangat normal. Beberapa peserta menderita anoreksia dan bulimia. Beberapa peserta wanita sampaikan mengalami masalah pada kitaran haid.”

Pengsan itu tanda dedikasi

“Peserta pengsan kerana keletihan itu juga perkara biasa. Saya sendiri, dua kali pengsan kerana kurang air dan kurang makan. Saya bangun dan tak sedar saya di mana. Peserta lain akan membantu untuk menghantar kamu ke bilik.”

“Namun setiap kali pengsan, perserta dan guru guru akademi akan berkata: ‘Bagus, kamu bersemangat tinggi’.”

“Sekarang kalau saya kenang kembali, saya jijik mendengarnya.”

“Sebenarnya, nak menjalinkan persahabatan di akademi sangat sukar. Kerana setiap orang bersaing dan suasana sentiasa tegang.”

“Hal ini diburukkan lagi persembahan bulanan. Di mana setiap perserta akan dinilai dan diberikan markah. Siapa yang gagal dan markah terburuk akan dibuang dan digantinkan dengan pelatih baharu.”

“Ada beberapa peserta baru kadangkala datang, dengan mereka memang sudah melalui pembedahan plastik. Mereka sangat menarik. Takkanlah rupa mereka terus mirip idola kpop sedangkan baru berlatih? Kalau tak pembedahan plastik.”

“Saya rindu dengan kawan kawan saya di England namun tak boleh menghubungi mereka kerana telefon kami dipegang oleh guru kami. Kami dilarang sama sekali memuat naik gambar atau status di media sosial.”

“Ini agar kami akan tetap misteri sehinggalah debut.”

“Sehari cuma boleh pegang telefon 15 minit. Saya biasanya gunakan peluang itu untuk menghubungi ibu saya. Ramai juga peserta yang ada telefon kedua dan mereka sembunyikannya.”

“Ibu bapa saya tahu, latihan ini sangat sukar, namun tak boleh buat apa, sebab kontrak.”

“Malah ramai perserta yang tidak memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka berada di akademi, kerana tak mahu mereka khuatir.”

“Semangat saya sentiasa membara apabila memikirkan mahu debut. Namun tak semua team A akan debut. Maka harus sentiasa bersaing, menyanyi dan menari serta temuramah.”

“Kumpulan K-pop ada peranan masing masing. Awalnya saya dijadikan penyanyi utama, namun kemudian ditukar menjadi visual.”

Perlu buat pembedahan

“Visual” ini adalah wajah group, dipilih kerana penampilan cantik dan menarik. Saya bersaing dengan seorang peserta lain. Dia lebih menarik daripada saya, tetapi menurut syarikat, kalau saya menjalani pembedahan plastik, saya akan mengalahkannya.”

“Mereka meminta saya mempertimbangkan untuk membedah wajah saya sesuai dengan citarasa peminat Korea. Mereka mahu saya membedah hidung saya dan garis tulang rahang saya.”

“Sebenarnya, syarikat tidak memaksa, cuma mereka sangat menggalakkan untuk memastikan perserta lebih peluang untuk berjaya dan popular kerana cantik.”

“Semua kos itu akan ditanggung syarikat dan ianya akan dimasukkan dalam obligasi kos latihan pada kontrak, jika saya ingkar kontrak.”

“Saya memberitahu emak saya, dan dia sangat risau. Namun ibu sedar bahawa saya sangat hampir menjadi idola kpop pada masa itu.”

“Saya sangat suka dimita menjadi visual. Syarikat mulai meyakinkan saya bahawa saya akan menjadi bintang kpop dan saya berjumpa dengan beberapa tokoh besar dalam industri pada masa itu.”

“Mereka mulai memberitahu saya bahawa saya akan membawa karakter sebagai dia. Saya perlu membawa karakter itu sebagai seorang gadis yang sabar, sweet dan sangat polos [innocent].”

“Malangnya, karakter sebenar saya bertentangan dengan karakter itu. Saya mulai mengeluarkan pandangan saya, dan memberitahu mereka bahawa saya mungkin tak akan dapat kekal dengan karakter itu sepanjang masa di hadapan umum.”

“Kemudian saya menyatakan, kalau susah sangat, saya tak perlu jadi penyanyi, saya nak jadi pelakon. Malangnya, mereka menolaknya. Seorang senior saya berkata, untuk orang kacukan yang lahir di luar negara macam saya, paling paling pun saya dapat jadi pelakon tambahan. Sangat sukar untuk menjadi bintang lakonan di Korea.”

“Ketika itu saya sedar impian saya sudah berakhir. Kontrak saya hampir habis, dan tarikh debut saya semakin dekat.”

“Akhirnya saya memberitahu mereka, saya ingin berhenti, tak mahu melanjutkan kontrak. Mereka terkejut kerana perkara seperti ini jarang berlaku. Kerana ramai peserta mengimpikan debut dan kontrak pertama sebagai idola kpop.”

“Saya memutuskan untuk mengundurkan diri dengan cara baik dan tak nak ada konflik dengan syarikat. Dan saya bebas pergi tanpa hutang kerana kontrak saya tamat.”

“Masa tu mereka memujuk saya kekal. Kerana sayanglah, dah nak debut dah ni. Mereka menyatakan, kalau saya sign kontrak baharu itu, mereka akan menanggung kos latihan, penginapan, dan pembedahan plastik.”

“Ternyata untuk menjadi kaya sebagai bintang K-pop bukan perkara yang mudah.”

“Saya mahu kembali ke England dan tak mahu menjalani pembedahan plastik dan hiudp dalam karakter ‘Dia’. Saya kembali semula ke rumah saya dan bertemu dengan kawan kawan lama.”

“Saya mengambil pengajian fesyen di Perancis.”

Euodias kini memiliki saluran YouTube dengan 30,000 pengikut.

Bercakap kepada BBC, Euodias menyatakan dia baru sahaja melepaskan impian menjadi kpop idol namun tidak sekalipun dia menyesali keputusan itu.

Kerana dia mahukan kebebasan dan melakukan perkara yang dia suka tanpa paksaan.

Baca yang lain